Sekiranya anda pernah membuka laman web e-commerce yang berasal dari China atau khususnya Taobao, kami yakin anda pernah menjumpai ruangan penjualan pakaian. Sekali pandang, boleh dikatakan hampir kesemua pakaian yang dijual digayakan dengan gaya yang hampir sama oleh setiap model.

Pada mulanya, kami berpendapat mungkin sahaja pakaian tersebut sekadar disunting kembali kepada badan model untuk dijadikan sebagai contoh. Ternyata telahan kami salah setelah Taobao sebenarnya turut mengambil pelbagai model untuk menggayakan model keluaran mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tbg4

Seiring dengan laman webnya yang menjual barangan yang trendy, pakaian yang dijual juga adalah bermusim. Hal ini bermakna para jurugambar dan model perlu berhempas pulas untuk melengkapkan koleksi gambar pakaian terbaru sebelum mula dijual kepada orang ramai seluruh dunia.

Apa yang membezakan model pakaian Taobao bersama model pakaian jenama lain adalah kuantitinya pakaian ‘terpaksa’ dipakai setiap hari untuk tujuan photoshoot. Jangan terkejut jika kami katakan seorang model mungkin perlu mengambil gambar bersama hampir 150 pakaian yang berbeza setiap hari berikutan pengeluaran pakaian yang tinggi.

Jika difikirkan secara logik mana mungkin para jurugambar mampu melengkapkannya di dalam masa sehari. Bagi memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar dan efisien, model-model ini perlu mempelajari teknik posing yang lebih pantas dan memenuhi citarasa iklan dalam masa singkat.

Anda boleh tonton video dibawah untuk mengetahui bagaimana ‘practice makes perfect’ mampu diaplikasikan di dalam urusan pekerjaan. Cekap betul!

Disebalik kesulitan yang terpaksa dilalui para model, ganjaran yang diterima juga tidak kurang hebatnya. Dianggarkan para model berpeluang mendapat sekitar $45 untuk satu pakaian yang dicuba dan pendapatan tahunan para model ini berpotensi mencecah sehingga $1.4 juta (~RM6 juta) setahun. Boleh tahan berbaloi juga bayaran yang diterima hasil kerja keras mereka.

Tonton video dibawah untuk mengikuti dengan lebih lanjut kehidupan sebagai model pakaian dibawah pengurusan Taobao.

Sumber