Bila nampak orang pergi ‘menyelam’ di luar negara sahaja, mesti ramai daripada kita yang rasa macam ‘hebatnya dia’, ‘power betul dia’ dan sebagainya. Mestilah orang yang pergi ‘menyelam’ itu belanja gambar dan cerita yang manis-manis sahaja kan. Takkanlah hendak tunjuk benda perit.

Jadi kali ini, biarlah saya cerita REALITI SEBENAR cabaran bagi mereka, termasuklah saya yang pergi menyelam (mencari barang jualan) di luar negara dan sedikit pendapat bagi yang baru hendak cuba bisnes ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kos penginapan dan perjalanan

Foremost 1
Gambar bersama rakan yang sama-sama menyelam di Jepun

Kos pengangkutan, penginapan dan makanan di sana bukanlah sedikit. Ianya bergantung pada harga tiket, jenis penginapan, jenis pengangkutan, tempoh masa menginap dan rutin makanan harian kita di sana. Paling jimat pun, setakat pengalaman saya dalam lingkungan RM3,000.

Itu pun memang pergi sana jenis berjimat gila-gila punya. Cari tiket paling murah, penginapan paling murah, makanan paling murah, tempoh masa yang pendek dan sebagainya. Bila benda murah, sudah tentulah ianya suatu perkara yang tidak menyenangkan dan tidak juga selesa.

2. Logistik

Foremost 4
Gambar di butik Bathing Ape

Katakanlah memang kita dapat banyak barang, (kalau tidak dapat barang tu memang sah-sah la burn sahaja duit yang kat atas tu kan), kita kena fikirkan pula logistiknya, iaitu bagaimana kita nak membawa dan menyimpan barang-barang berkenaan sampailah barang-barang semua selamat sampai di Malaysia dan terutama sekali di rumah/kedai kita.

Kena ingat,barang-barang ini bukan ringan hendak dibawa ke hulu hilir, hendak berulang-alik ke tempat penginapan juga biasanya bukan dekat. Kalau naik teksi pula, yang merupakan cara yg paling selesa memang mahal! So, memang kena fikir betul-betul setiap keputusan yang kita buat sama ada ianya menguntungkan kita atau merugikan.

3. Cukai
Bila sampai di Malaysia pula, cabaran pertama adalah kena membayar 10%-18% cas kepada kastam daripada harga asal setiap barang yang kita beli. Bukan sikit tu tuan-tuan. Huhu.

4. Cabaran mencari ‘buyer’

Foremost 6
Antara ‘buyer’ yang membeli barangan di Foremost Store

Kemudian, cabaran untuk menjual pula barang-barang tersebut. Sudah tentulah barang-barang tersebut tidak akan terjual semuanya dalam masa yg singkat dan kemungkinan ada daripada barang-barang tersebut kita tidak boleh dapat untung pun. Lainlah kalau korang buat pre-order, tu memang dah boleh kira kos awal-awal, berbaloi atau tak untuk pergi ke sana.

Jadi kesimpulannya, pastikan anda betul-betul bersedia daripada sudut kewangan sebelum membuat keputusan untuk pergi ke sana. Sebab, saya boleh jamin, kalau anda baharu sahaja hendak mencuba, kemungkinan besar anda akan mengalami kerugian pada trip pertama anda.

https://www.instagram.com/p/BtKOos8FKra/

Belajar dan ambil pengalaman di dalam Malaysia dahulu sebelum pergi ke sana. Kukuhkan dahulu perniagaan kecil-kecilan kita di Malaysia dan ambil masa dulu untuk belajar tentang barang berjenama, harga pasaran dan naik turun harga pasaran sesuatu produk.

Kena bermula dari bawah dan jangan pernah berhenti. Sentiasa bersedia dengan pelan yang lain sekiranya pelan yang pertama atau kedua kita tidak menjadi.

Sekian perkongsian sedikit daripada saya. Berkongsi bukan sebab sayalah orang yang paling arif dalam perkara ini, tapi sekadar berkongsi apa yang saya tahu dan semoga ianya bermanfaat juga pada yang belum tahu. Sebenarnya banyak lagi perkara yang bersangkut paut dengan benda ni tapi sekadar ini dulu saya kongsi buat masa ni.

https://www.instagram.com/p/BtDCrqplbP4/

Anyway, Alhamdulillah akan datang nanti stok memang banyak dan sedap-sedap belaka. Anda standby lah di laman Foremost Store sebab semua details stok kami akan kami post di sana. Terima kasih pada yang selalu support kami dan kami doakan korang semua dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam rahmat dan berkat Allah.

P/S: Gambar 2 tahun lepas waktu pertama kali datang jepun untuk ambil barang Supreme. Sebelum tu layan designer brand sahaja.