Jika sebut sahaja tentang siri kartun Didi & Friends, rasanya pasti ramai yang kenal dengan siri kartun ini. Tontonan lagu-lagu yang dibawakan Didi & Friends di laman YouTube kini sudah hampir mencecah 1 billion views dan ianya bukan angka yang kecil.

Atas faktor inilah Digital Durian dan pengarah Didi & Friends, Sinan Ismail sangat yakin filem Didi & Friends ini akan ada pengikutnya yang tersendiri jika ianya dibawa ke pawagam menerusi ‘Konsert Hora Horey’ (KHH).

Disebabkan konsert ini tidak termasuk dalam Syarat Wajib Tayang, KHH perlu bersaing dengan filem tempatan dan antarabangsa untuk slot tayangan di pawagam.

Pawagam juga seperti tidak yakin KHH ini akan mendapat sambutan jika ianya ditayangkan di pawagam. Ada yang skeptikal ibu bapa akan bawa anak mereka ke pawagam. Jika sudah ada di YouTube, kenapa perlu bawa ke pawagam lagi?

Ternyata tanggapan mereka salah. Sejak KHH ditayangkan di TGV Cinemas Sabtu lalu, ianya mendapat sambutan yang hebat daripada peminat cilik Didi & Friends. Anak-anak kecil semuanya gembira dan terhibur dengan lagu-lagu yang ada di dalam KHH.

Terdapat lagu-lagu baru serta penampilan khas artis ternama seperti Tomok dan Datuk Siti Nurhaliza. Sedap sangat lagu yang dibawakan oleh Datuk Siti dan Tomok dalam KHH ini.

Saya sendiri sudah menonton versi 30 minit KHH ini ketika sesi media dua minggu lalu dan saya jamin, bukan sekadar anak akan terhibur, anada juga boleh layan sekali.

lain feelnya bila tonton Konsert Hora Horey ini di pawagam. Setakat ini, KHH boleh dilihat di semua pawagam TGV dan beberapa lain. Untuk sebarang update pawagam yang bawa masuk KHH ini, boleh lihat di laman rasmi Facebook Didi & Friends.

Kalau anda tengok hashtag #KonsertHoraHorey di Twitter dan Instagram, pasti anda lihat wajah kegembiraan adik-adik yang sudah menonton filem ini di pawagam. Sempena cuti sekolah minggu hadapan, bolehlah bawa anak tonton konsert ini di pawagam. Kalau kita sendiri tidak sokong, siapa lagi yang akan sokong?

*** PENGUMUMAN PENTING KONSERT HORA HOREY ***Ramai yang tanya kami.. "Kenapa tak ada dekat GSC dan MBO… Kenapa tak…

Posted by Didi & Friends on Saturday, 10 March 2018

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤