Apple Keynote 2016 baru sahaja selesai berlangsung beberapa hari yang lepas. Selain iPhone 7, Apple AirPods antara produk yang berjaya mencuri tumpuan ramai. Rekabentuknya yang unik serta wireless membuatkan produk ini tidak terlepas daripada bahan jenaka dan ‘troll‘ sejak hari pertama diumumkan.

Pengumuman harganya yang mahal iaitu sekitar $159 (~RM654.67) telah mengejutkan pelbagai pihak malah dilihat sebagai produk yang mudah hilang berbanding teknologi yang terdapat pada Apple AirPods.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang ingin mendapatkan Apple Airpods dan pada masa yang sama risau akan keciciran AirPods, anda tidak lagi perlu risau. ‘There’s an accessory for that’.

Spigen telah melancarkan sebuah aksesori untuk menyambung kedua-dua AirPods bagi mengelakkan daripada mudah tercicir. Harga yang diumumkan Spigen adalah $10 (~RM41.17) dan akan mula dijual sekitar Oktober ini.

Mungkin tidak kelihatan cool atau ‘serve the purpose’ sebagai sebuah AirPods dengan penggunaan Spigen AirPods Strap namun mungkin akan menyelamatkan jiwa anda daripada kekecewaan akibat kehilangan earphone yang berharga ini.

Sumber