Kerajaan semalam mengumumkan bakal ‘memansuhkan’ kutipan tol di 4 lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Sebagai ganti, caj kesesakan akan dikenakan kepada pengguna lebuh raya. Kadar kutipan tol yang dalam perbincangan adalah bayaran penuh pada waktu ‘peak hour’ dan tiada bayaran dikenakan ketika waktu ‘off peak’ (11 malam hingga 5 pagi).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada waktu kurang sesak pula, pengguna lebuh raya bakal menerima diskaun sebanyak 30 peratus daripada kadar tol biasa. Cadangan caj kesesakan ini mendapat reaksi pelbagai daripada warganet. Ada yang ‘bersyukur’ dan ada juga yang berpendapat ianya sama sahaja kerana majoriti pengguna lebuh raya memandu ketika waktu puncak.

https://twitter.com/hexth/status/1099283303750758401

Menurut Pejabat Perdana Menteri, pemansuhan ini sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat.

Apa pula pandangan anda tentang cadangan ini? Mungkin secara perlahan-lahan caj tol akan dimansuhkan sepenuhnya di masa akan datang.