Rancangan damai yang ditetapkan oleh Presiden AS Donald Trump di anggap mencabuli hak asasi manusia dan telah mendapat tentangan hebat dari masyarakat Palestin.

Menteri Pertahanan Israel Menhan Naftali Bennett, Rabu lalu menyeru agar kawasan jajahan Israel diperluaskan dengan merujuk kenyataan Trump sebagai lampu hijau untuk rejim zionis memperluaskan kawasan sehingga ke Barat Palestin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Trump memberi cadangan agar Israel dan Palestin berdamai. Beliau membayangkan empat tahun masa yang diperlukan bagi membentuk negara Palestin. Dalam masa yang sama, Trump mahu serangan ke atas Israel oleh Hamas dihentikan.

Cadangan ini juga memberi kelebihan kepada Israel untuk terus menguasai Tebing Barat Israel yang dianggap menyalahi undang-undang antarabangsa. Trump juga akan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel

“Tadi malam sejarah mengetuk pintu rumah kami dan memberi kami kesempatan sekali lagi untuk menerapkan undang-undang Israel di semua permukiman di Samaria, Yudea, Lembah Yordan, dan Laut Mati utara,” kata Bennett.

Beliau telah memerintahkan satu pasukan untuk menguatkuasakan undang-undang dan kedaulatan Israel di semua penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Tetapi kurang jelas adakah kerajaan sementara mempunyai kuasa untuk mengambil langkah sedemikian sementara menunggu pilihan raya pada 2 Mac nanti.

Riyad Mansour, Pemerhati Tetap Palestin untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahawa beliau tidak bersetuju dengan cadangan Trump dan menyifatkan ia ‘bertentangan dengan perjanjian damai’ kerana melanggar hak asasi rakyat Palestin.

“Pelan damai itu bertentangan dengan keamanan dan tidak benar sama sekali bahawa ia sesuatu yang menarik untuk Palestin datang dan berunding.

“Kami percaya rancangan Trump, rancangan Trump/Netanyahu, iaitu satu cubaan untuk menghancurkan hak nasional rakyat Palestin, akan gagal.

“Ia akan gagal hasil perpaduan dan keteguhan hati rakyat Palestin dan pembelaan yang dipamerkan masyarakat antarabangsa,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Awani.

Klik pautan di bawah untuk bacaan lebih lanjut.

Bendera Malaysia Berkibar Di Gaza Selepas Halang Atlet Israel Masuki Negara

Di Gaza, Beribu Hadir Upacara Pengebumian ‘Bidadari Perubatan’ Yang Dibunuh Penembak Tepat Israel

 

Sumber