Baru-baru ini tular di sosial media mengenai perkongsian gambar kesesakan lalu lintas di Cameron Highland hingga menyebabkan ramai pengunjung terpaksa bermalam di dalam kenderaan.

Difahamkan kesesakan ini berpunca daripada pelancong yang memanfaatkan cuti 4 hari untuk meluangkan masa di kawasan tarikan pelancong seperti ladang boh disamping penduduk asal Cameron Highland yang hendak pulang ke kampung halaman.

Kesesakan ini telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak sekaligus mendapat perhatian dari ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong. Beliau menyuarakan cadangan untuk mengehadkan bilangan kenderaan pelancong masuk pada masa akan datang. Hal ini disebabkan rekod mencatatkan hampir 10,000 kenderaan pelancong masuk setiap hari pada musim cuti panjang yang akan menyebabkan berlakunya kesesakan.

Menurut perkongsian pengguna di laman sosial, kesesakan ini berlaku disebabkan sikap pelancong yang mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kenderaan sesuka hati di bahu jalan disamping faktor jalan yang tidak lebar.

Semoga pihak berkuasa dapat memikirkan cara terbaik untuk tangani isu ini di masa akan datang.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group