Tahukah anda, anda boleh dapatkan telefon pintar yang mempunyai desain premium dengan bajet Rm750 sahaja.

Telefon pintar keluaran China juga semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia berikutan kualiti yang semakin baik serta harga yang rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut merupakan 5 telefon pintar yang anda boleh dapatkan dengan bajet maksimum RM750.

  1. Xiaomi Redmi Note 3 (RM699)

Dengan harga RM699 anda boleh dapatkan sebuah telefon pintar yang bersaiz 5.5 inci beserta paparan HD penuh.

Bukan itu sahaja, skrin besar pada Xioami Redmi Note 3 ini juga disokong oleh bateri yang bersaiz besar iaitu 4000 mAH yang mampu menawarkan jangka hayat sehingga 36-48 jam penggunaan.

Kamera 13 megapixel beserta sokongan autofocus bakal membantu anda untuk mendapatkan imej yang cerah dan tidak bergegar manakala pada bahagian hadapan Xiaomi Redmi Note 3 menggunakan kamera 5 megapixel khas untuk buat anda yang suka selfie.

Apa yang membuatkan produk lebih premium adalah Xiaomi Redmi Note 3 ini hadir bersama sokongan pengimbas cap jari untuk yang sangat responsif serta pilihan warna yang sangat premium iaitu kelabu, putih dan emas.

Beli di sini

2. Lenovo A6000 Plus (RM434)

Jika anda mahukan sebuah telefon pintar yang beharga rendah serta mempunyai kualiti setanding telefon pintar yang lebih mahal, Lenovo A6000 Plus adalah jawapannya.

Anda akan menerima sebuah telefon pintar yang mempunyai saiz skrin 5 inci paparan HD serta RAM 2 GB untuk melancarkan penggunaan telefon pintar anda seharian.

Lenovo A6000 Plus dikuasakan oleh Snapdragon 410 (MSM8916) 1.2GHz 8 teras dan Android 4.4.4 (Kit Kat) dan disertai dengan 2 speaker yang dikuasakan oleh Dolby Digital Plus.

Lenovo A6000 Plus mempunyai 2 kamera dimana kamera belakang dilengkapi dengan kamera 8 megapixel beserta dwi-LED dan kamera hadapan 2 megapixel.

Jika anda seseorang yang sering gunakan 2 telefon bimbit, Lenovo A6000 Plus bakal menyelesaikan masalah membawa 2 telefon bimbit sekaligus kerana Lenovo A6000 Plus ini dilengkapi dengan slot dwi sim.

Ruang Storan yang ada pada Lenovo A6000 Plus ini boleh dikatakan agak baik iaitu 16GB dan boleh ditambah sehingga 32GB menggunakan memori kad microSD.

Beli di sini

3. Samsung Galaxy J5 (RM659)

Satu satunya telefon pintar yang di dalam senarai kami yang bukan keluaran dari Negara China adalah Samsung Galaxy J5.

Menurut Pihak Samsung, Samsung Galaxy siri J ini dikeluarkan khas buat pengguna yang mahu dapatkan telefon pintar yang mempunyai kuasa pemprosesan dan paparan yang baik serta harga yang rendah.

Samsung Galaxy J5 menggunakan cip pemprosesan 1.2 GHz Cortex-A53 processor dan RAM 1.5 GB dan dikuasakan oleh Android 5.1.1 (Lollipop).

Skrin 5 inci HD Super AMOLED khas dari Samsung ini bakal memberi paparan yang bawah meskipun digunakan dibawah cahaya matahari.

Dari segi kamera pula Samsung Galaxy J5 dilengkapi dengan 13 megapixel pada bahagian belakang dan 5 megapixel pada bahagian hadapan.

Jika anda seorang yang sering menyimpan data dengan banyak pada telefon pintar, telefon pintar ini sesuai buat anda kerana Samsung Galaxy J ini dilengkapi dengan sokongan MicroSD sehingga 64 GB.

Beli di sini

4. ZTE Blade A711 (RM729)

ZTE_Blade_A711-Desain

Kami yakin pasti sebahagian besar daripada anda belum pernah mendengar telefon pintar dari jenama ini.

Syarikat ZTE nampaknya mahu menawarkan spefikasi yang tidak masuk akal di bawah harga bajet.

Dengan harga RM729 anda akan mendapat sebuah telefon pintar dekaan rekaan daripada kerangka besi yang nipis dan premium beserta pengimbas cap jari.

Skrin ZTE Blade A711 pula merupakan skrin HD penuh bersaiz 5.5 inci dan paparan yang sangat mantap. Speaker yang diberi sentuhan sentuhan Dolby bakal memberi kepuasan buat pengguna

Dari segi prestasi, ZTE Blade A711 yang dijana oleh MSM8939 Octa (Quad 1.5GHz + Quad 1.0GHz) serta RAM 2 GB dan Android 5.1 bakal memberi penggunaan yang lancar buat pengguna.

Jika anda tidak kisah untuk mencuba jenama yang kami yakin anda belum pernah cuba ini , kami cadangkan anda dapatkan telefon pintar ini kerana spefikasi yang ditawarkan setanding dengan telefon pintar yang jauh lebih mahal.

Beli di sini

5. Xiaomi Redmi 3 (RM688)

Xiaomi Redmi 3 merupakan telefon pintar terbaru keluaran Xiaomi. Xiaomi Redmi 3 membawakan ciri-ciri yang hampir sama dengan Xioami Redmi Note 3 tetapi dengan saiz skrin lebih kecil iaitu 5 inci HD penuh.

Xiaomi Redmi 3 dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 616 beserta RAM 2 GB dan ruang storan bersaiz 16 GB. Penggunaan Android versi baru beserta UI dari Xiaomi pasti akan memberi kelancaran semasa penggunaan buat pengguna.

Kamera belakang Xiaomi Redmi 3 dilengkapi dengan 13 megapixel manakala kamera depan adalah 5 megapixel. Bukan itu sahaja, Xiaomi Redmi 3 juga tampil dengan warna menarik iaitu kelabu, putih dan emas, beserta kerangka yang nipis dan ringan pasti membuatkan pengguna selesa menggunakannya.

Jika anda seseorang yang kerap menggunakan telefon pintar dan inginkan kelancaran dan bateri yang mampu bertahan sehingga 2 hari, telefon pintar ini adalah jawapannya.

Beli di sini