Durian merupakan antara buah kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja memiliki rasa yang enak tetapi juga kaya dengan pelbagai khasiat.

Jika kita lihat, terdapat banyak produk yang dihasilkan mengetengahkan rasa durian di pasaran seperti aiskrim, burger dan banyak lagi. Baru-baru ini, Cadbury tampil dengan coklat perisa durian khas untuk rakyat Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

cadbury

Harga untuk coklat tersebut adalah RM17 untuk 2 keping coklat dan ia tersedia di pasaraya berdekatan anda. Adalah diingatkan bahawa coklat ini adalah edisi terhad.

Bagi anda yang menyukai durian dan coklat, inilah saatnya untuk anda menikmati rasa campuran coklat dan durian. Jangan lepaskan peluangkan keemasan anda.