Kreatif sungguh orang Jepun ni. Sempena filem terbaru Ghostbusters yang akan ditayangkan tidak lama lagi, J.S. BURGERS CAFE di Jepun telah menghasilkan burger edisi khas Ghostbusters ini. Kawaii!

Burger edisi khas ini didatangkan dengan dua perisa iaitu G.B Burger (burger dengan black olive dan pes ikan bilis) dan Marshmallow Mad Burger (burger dengan marshmallow dan Oreo). Tidak pasti bagaimana rasa kedua-dua burger ini dan semestinya rasanya unik.

Anda juga boleh pesan Black Chilli Chips dan air smoothie khas. Burger edisi khas Ghostbusters ini akan berada di J.S. BURGERS CAFE cawangan Shinjuku, Shibuya, Harajuku dan Ikebukuro bermula 1 Julai ini hingga 30 September 2016. Kalau anda tak rasa nak makan burger ini, ada juga merchandise edisi khas yang anda boleh beli di cafe ini. There’s something strange in your neighborhood. Who you gonna call? Ghostbusters!

js-burgers-cafe-ghostbusters-menu-4

js-burgers-cafe-ghostbusters-menu-3

js-burgers-cafe-ghostbusters-menu-2

Sumber