Kafe yang terletak di Hannam-dong, Seoul ini memberikan pengunjung ketenangan hasil paduan rekaan dalaman dengan ciri rumah tradisional Korea yang sangat minimalis. Hasil paduan dua ciri ini direalisasikan oleh arkitek dari firma tempatan, LABOTORY.

Menariknya, Cafe Oriente dibina dengan setengah ruangan di bawah tanah menjadikan kafe ini semi underground.

underground

Perabot dan hiasan dalaman disusun dengan konsep ‘C’ yang menjadikan ruang nampak lebih luas. Susun atur di tingkat 1 bermula daripada ruangan bar di ruangan tengah dan ruangan untuk pengunjung terletak bersebelahan dengan ruang bar.

Menurut konsep rumah tradisional Korea, ruangan ini dikenali sebagai ruang ‘twet maru’. Tempat duduk pengunjung juga disertakan dengan ‘taman mini’ di ruangan bawah tempat duduk menambahkan lagi rasa tenang dan santai kepada para pengunjung.

cafe-oriente-seoul-korea

mini garden

Jika anda bercadang untuk ke sekitar Hannam-dong di Korea dalam masa terdekat bolehlah anda singgah di Cafe Oriente untuk melihat sendiri reka bentuk ruangan tersebut.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group