jeremy gutsche

Sejak kebelakangan ini semakin banyak syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan internet dan wifi sewaktu didalam penerbangan.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

Tapi awas. Anda mungkin ‘pengsan’ jika terkena seperti lelaki ini.

Jeremy Gutsche, pengasas laman web TrendHunter.com telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan wifi sewaktu dalam penerbangan ke Singapura.

Beliau sangkakan telah mengambil pakej wifi bernilai USD30 dan telah menggunakan perkhidmatan tersebut untuk melihat 155 muka surat email.

Menurut Jeremy Gutsche – “saya perlu menunggu selama 1 jam untuk menghabiskan proses upload 4mb file powerpoint. Caj untuk proses upload file itu mungkin USD100.

Dan saya juga perlu memberitahu tim saya melalui email agar memberikan masa untuk email itu di upload. Email itu sendiri mungkin telah di caj sebanyak USD10.

Saya telah membeli pakej wifi bernilai USD30, dan kebanyakan masa saya dihabiskan dengan tidur disepanjang penerbangan tersebut. Tak sangka betul akhirnya saya di caj beribu USD dan harganya lebih mahal dari tiket flight saya.

Memang happy ending yang tak best!”

singapore airline

Menurut jurucakap Singapore Airlines, mereka sebenarnya telah menawarkan beberapa pakej berbeza kepada penumpang.

Antaranya adalah pelanggan mereka boleh memilih pakej yang mana line wifi akan diputuskan sebaik saja ia telah mencapai kuota yang ditetapkan.

Pakej lain pula adalah caj wifi dikenakan mengikut jumlah masa (jam) wifi digunakan.

Kes ini masih dalam siasatan setelah satu laporan telah dibuat oleh Jeremy Gutsche kepada pengurusan Singapore Airlines.

Sumber : DailyMail UK

Ps : Berbalik kepada basic, sebaiknya bacalah dengan teliti terma dan syarat sebelum subscribe apa-apa, kan?

Like page The Vocket di Facebook

 

Anda Mungkin Suka