Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Memperkenalkan Mori Hamako atau lebih dikenali sebagai Gamer Grandma di kalangan masyarakat di Jepun.

Dia mempunyai alasan yang kukuh mengapa beliau digelar begitu. Semuanya disebabkan kemampuan beliau untuk membunuh anda di dalam Call of Duty atau menendang punggung anda di dalam Grand Theft Auto.

Cuba anda lihat video beliau di bawah ini. Nenek ini akan buat anda rasa rendah diri dan malu dengan kemampuan anda.

Hamako mempunyai saluran YouTube sendiri yang dipanggil – Gamer Grandma. Lebih comel apabila beliau mempunyai ikon sendiri untuk saluran Youtube dengan imej kecil perkataan GG dalam warna merah jambu.

Di salurannya, terdapat banyak video beliau bermain beberapa permainan video yang popular. .

Disebabkan itu, beliau berjaya menarik hampir 100,000 subscribers dari serata dunia yang berminat untuk melihat beliau bermain.

Melalui satu temuramah bersama Sea Mashable, Hamako adalah seorang yang lemah lembut dan kadang-kadang pemalu. Berbeza dengan Hamako yang bermain permainan video – yang pantas bertindak dan mempunyai naluri yang tajam.

Beliau diperkenalkan dengan dunia permainan video pada tahun 1981 melalui konsol Cassette Vision. Seterusnya beliau bertukar kepada Nintendo Entertainment System (NES).

Antara permainan video lain yang dimainkan oleh beliau ialah F1 Race, The Legend of Zelda, dan Dragon Quest.

Kalau anda adalah peminat permainan video, klik pautan di bawah untuk membaca beberapa artikel berkenaan permainan video.

KFC Perkenalkan Permainan Video Khas Colonel Sanders Versi Anime

Permainan Video ‘Leftenan Adnan’ Rekaan Anak Tempatan Curi Perhatian Netizen

Tesla Arcade Tawarkan Permainan Video Terus Daripada Kereta

Anda Mungkin Suka