Kim Yo Jong, adik kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un dinilai lebih kejam daripada abangnya yang memegang tampuk pimpinan sejak 2011.

Media antarabangsa pernah melaporkan bagaimana Kim Jong Un membunuh pak ciknya, Jang Song Thaek pada 2013. Beliau juga pernah ‘bergurau kasar’ dengan AS dan negara jiran Korea Selatan dengan ujian nuklear bagi menunjukkan kuasanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun bagi pakar, adiknya Kim Yo Jong sebenarnya lebih ganas danĀ hardcore berbanding abangnya jika dia memegang tampuk pemerintahan tertinggi Korea Utara. Kenyataan ini dibuat setelah Kim dilihat tidak lagi muncul di khalayak ramai dan dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan.

Profesor Natasha Lindstaedt, berkata kepada Daily Mirror pada Sabtu lalu bahawa jantina tidak menghalang si adik untuk menjadi ‘ketua baharu’. Pakar rejim Korea Utara itu turut menambah jika adik Kim pula yang berkuasa, tradisi keluarga sejak Kim Il Sung mengambil alih Korea Utara pada tahun 1948 akan terus dipertahankan.

“Saya tidak percaya kedudukannya sebagai wanita akan melemahkan kedudukannya jika dia memegang kuasa,” kata Profesor Lindstaedt. Dia turut menjelaskan bahawa keluarga Kim tidak dilihat sebagai orang biasa oleh rakyat Korea Utara, mereka dianggap sebagai wakil Tuhan yang akan mengurus segalanya.

Lindstaedt menjelaskan, jika Kim Yo Jong berkuasa, dia juga akan dianggap sebagai Tuhan sama seperti saudaranya yang lain. “Dia mungkin akan mengambil pendekatan lebih kejam berbanding abangnya untuk mentadbir negara,” jelasnya.

Kim Yo Jong merupakan anak kelima dan terakhir kepada mendiang Kim Jong Il, pemimpin kedua Korea Utara. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Kim Jong Un. Seperti saudaranya, dia mendapat kemewahan di tengah kemiskinan yang ditanggung oleh rakyat Korea Utara.

Sejak berusia sembilan tahun, dia telah belajar di Switzerland dengan saudaranya, di mana mereka telah dijaga oleh pengawal peribadi bahkan masakan mereka dimasak oleh tukang masak peribadi.

Selepas itu, Kim Yo Jong yang dipercayai berusia 31 tahun melanjutkan pendidikannya di Pyongyang, sebelum memasuki arena politik.

Bagi Kim, adiknya adalah utusan untuk negara komunis dan dia adalah antara individu yang menemani Kim ketika pertemuan rasmi dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan Presiden AS Donald Trump.

Kim Yo Jong diramal bakal menjadi calon untuk memimpin Korea Utara kerana anak lelaki Kim Jong Un dianggap masih terlalu muda. Sementara abang sulung mereka, Kim Jong Chul, seorang playboy dan tidak berminat dengan politik. Dia juga tidak dianggap sebagai pewaris takhta.

Saudara tirinya, Kim Jong Nam telah mati diracun pada tahun 2017, manakala adik perempuannya Kim Sol Song juga tidak dianggap sebagai pencabar terkuat.

Sun Yoong Lee, seorang pakar Korea dari AS, menyatakan Kim Yo Jong mampu menjadi lebih kejam daripada abangnya, bahkan mungkin lebih kejam daripada ayah dan datuknya.

“Dia harus menunjukkan kepemimpinannya dengan memprovokasi AS melalui ujian senjata, atau mungkin serangan ke atas Korea Selatan,” jelasnya.

Semalam pakar percaya bahawa Kim Jong Un telah meninggal dunia, klik pautan di bawah untuk membaca.

Pakar Semenanjung Korea Percaya Kim Jong Un Telah Meninggal Dunia

‘Kehilangan’ Kim Jong-un Selepas Pembedahan Timbulkan Tanda Tanya Buat Orang Ramai

Kim Jong-un Hantar Surat Untuk Hiburkan Rakyat Korea Selatan Yang Diserang COVID-19

Sumber