Beberapa soalan di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan subjek Sejarah Kertas 2 didakwa bocor semalam, lapor The Star.

Difahamkan bahawa topik bagi soalan Sejarah itu disebarkan di dalam aplikasi Whatsapp beberapa jam sebelum peperiksaan dimulakan pada 10 pagi Rabu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut The Star, antara topik yang dikatakan tersebar di applikasi tersebut adalah ‘Penentangan di Perak’, ‘Maritim’, dan ‘Wawasan 2020’.

Sejarah adalah salah satu subjek wajib bagi SPM dan pelajar yang mengambil peperiksaan kebangsaan ini adalah melibatkan lebih 401,000 calon.

Setakat hari ini, Kementerian Pendidikan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Selain daripada itu, calon SPM turut memohon agar pihak berwajib tidak mengeluarkan arahan agar peperiksaan Sejarah dijawab semula.

Bercakap kepada New Straits Times, pelajar yang mahu dikenali sebagai Zee menyatakan bahawa dia telah membuang masa selama setahun untuk menjawab peperiksaan ini.

“Saya sepatutnya menduduki SPM ketika berusia 17 tahun dan saya menduduki sekarang ketika berumur 18 tahun. Jangan buat saya perlu jawab semula kertas Sejarah ketika saya berumur 19 tahun,” katanya.

“Saya sudah menulis dalam dua halaman untuk salah satu soalan esei sebelum mengetahui bahawa [topik] itu sudah tersebar di Whatsapp.

“Tetapi, saya rasa apa yang sudah berlaku, biarkan berlaku. Saya bangga kerana saya menjawab dengan jujur kertas itu. Oleh itu, tolong jangan buat saya membayar untuk ketidakjujuran orang lain,” katanya.

Bagi Presiden Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, calon tidak perlu menjawab semula peperiksaan tersebut.

Namun, dia menekankan bahawa siasatan penuh harus dilakukan untuk membasmi individu yang tidak jujur ​​yang gagal menegakkan integriti profesion keguruan.

‘Big Boss’ turun padang jumpa pelajar tular ambil keputusan SPM pakai baju Shell. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Big Boss’ Turun Padang Jumpa Pelajar Tular Ambil Keputusan SPM Pakai Baju Shell

Ketahui Cara Bagaimana Banduan Ambil Peperiksaan SPM Di Dalam Penjara

Mangsa Buli Siber Calon SPM 2019 Tampil Beri Respon Isu Yang Berlaku