Anda sedang mencari sesuatu yang sedap dan sihat untuk diminum? Jika anda ke kedai runcit atau pasaraya, boleh cari minuman susu kultur dari Jepun, Calpis.

Calpis adalah minuman susu kultur pertama di Jepun kini boleh didapati di Malaysia dan anda boleh pilih antara dua perisa, asli dan mangga. Minuman ini bagus kerana ianya tanpa lemak dan tidak mengandungi bahan pengawet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Calpis diasaskan oleh Kaiun Mishima pada 1904 dengan inspirasi dari perjalanannya ke Mongolia. Pada masa itu, sistem penghadaman beliau menjadi lemah disebabkan perjalanan yang panjang. Namun, beliau kembali pulih selepas meminum susu yang difermentasi dengan lactobacillus.

Mishima juga mendapati bahawa minuman berkenaan diambil oleh warga tempatan untuk mengekalkan kesihatan mereka. Ini mendorong beliau untuk menghasilkan minuman susu kultur pertama Jepun.

Antara iklan Calpis di Jepun
Antara iklan Calpis di Jepun

“Calpis amat disukai ramai di Jepun sejak 90 tahun dahulu dan ini telah mempamerkan reputasi jenama dan kualiti produknya yang tinggi,” jelas Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan.

“Rasa Calpis telah diformulasikan khas untuk memenuhi cita rasa tempatan untuk pasaran Malaysia, tetapi masih mengekalkan rasa uniknya, dengan keseimbangan antara rasa manis dan masam,” tambah beliau.

Calpis melalui Pemanis telah melantik Yuna, Harith Iskandar, Safiq Rahim dan Wan Wai Fan untuk menjadi duta jenama itu. Kesemua mereka memberi respon positif terhadap keenakkan minuman ini.

“Saya sentiasa mengekal dan menyebarkan nilai-nilai positif! Saya berbangga untuk menjadi ‘wajah’ Calpis. Rasanya yang lazat dan menyegarkan pasti akan membuatkan anda merasa hebat!” jelas Yuna.

Anda boleh menikmati minuman Calpis dalam botol 350ml dan 1 liter. Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang jenama Calpis ini, boleh klik di sini. Saya dah cuba. Cuba try perisa mangga. Sedap.

Yuna

Harith Iskander

WanWaiFun

Safiq-Rahim