Sejak mula ‘popular’ berikutan isu melibatkan Facebook yang menceroboh dana pengguna, nama Cambridge Analytica seringkali dikaitkan dengan anasir negatif pihak Amerika Syarikat serta Facebook dalam menceroboh data pengguna.

Berikutan kecaman dan ancaman daripada pihak luar yang berterusan, Cambridge Analytica pada hari ini telah mengumumkan untuk menutup operasi. Syarikat yang turut mengendalikan Cambridge Analytica iaitu SCL Group juga diumumkan bakal mengikuti perkara yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa itu Cambridge Analytica

Alexander Nix, CEO of Cambridge Analytica

Untuk pengetahuan anda Cambridge Analytica merupakan firma menganalisis data pengguna. Syarikat ini berpeluang untuk mengetahui apa yang dilayari dan ditulis pengguna di Facebook.

Berdasarkan data yang diterima, Cambridge Analytica akan mensasarkan data pengguna ini kepada syarikat yang berminat untuk mengiklankan produk mereka berdasarkan hasil kajian pengguna yang bersesuaian dengan target market mereka.

Selain itu, syarikat ini juga dikatakan berjaya menjadi dalang di dalam pilihanraya yang lalu dimana syarikat ini berpeluang mengetahui sokongan penduduk setempat berdasarakan geografi pengguna membolehkan pihak parti politik memanipulasikannya.

pzbtjhjtfl2buon6s0ya

Kerjasama Facebook bersama Cabridge Analytica juga dilihat sebagai bantuan Facebook untuk membantu Donald Trump dimana majoriti penduduk Amerika Syarikat tidak menyukainya.

Diharap penutupan Cambridge Analytica serta mohon maaf kecuaian Facebook pada tempoh hari sekaligus bakal membuatkan orang ramai mula memberi kepercayaan buat platform media sosial ini bangkit semula selepas terpaksa menanggung kerugian melebihi $60 bilion (~RM236 bilion).

Sumber