Cameron Diaz bintang Charlie’s Angels terlibat dengan satu dokumentari bertajuk HUMAN. Di dalam slot itu, Diaz menerangkan makna menjadi terkenal itu bukanlah bermakna seseorang itu akan gembira. Sekiranya seseorang itu mahu menjadi terkenal untuk gembira, ia adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana Diaz menyatakan kegembiraan tidak akan ditemui di dalam kemasyhuran.

Cameron Diaz:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apabila orang kata “Saya mahu jadi seperti awak, seorang pelakon.”…”Saya mahu kelihatan seperti awak.”

Soalan yang selalu saya tanya kembali kepada mereka ialah:

“Kenapa?”…”Really, why?”

Di Amerika, orang mempunyai idea tentang jadi terkenal itu bermakna anda berjaya. Anda gembira.

Ia bukan tentang itu sebenarnya. Saya bukan jadi seorang pelakon kerana mahu menjadi terkenal. Jadi terkenal itu adalah sebahagian daripada pekerjaan saya.

Apabila saya di rumah, saya bukan orang terkenal dengan keluarga saya dan rakan-rakan saya. Saya adalah saya. Saya Cameron.

Kemasyhuran tidak mentakrifkan siapa saya.

Jika anda mencari kemasyhuran untuk mentakrifkan siapa anda, anda tidak akan pernah menjadi gembira. Anda akan selalu mencari kegembiraan dan anda tidak akan pernah menemuinya dalam kemasyhuran.

Jadi, ia kembali kepada: Saya fikir, bagi saya, keaslian (menjadi diri sendiri), niat “Mengapa awak mahu lakukan apa sahaja yang awak lakukan?”

Anda sepatutnya dimotivasikan oleh sesuatu yang akan memenuhi diri anda dari dalam dengan menjadi jujur (asli) pada diri anda sendiri. Bukan mengejar kemasyhuran.

Di dalam temubual tersebut Cameron Diaz turut berkongsi tentang pengalaman dan memori kehilangan ayahnya. Anda boleh ikuti keseluruhan video temubual Cameron Diaz di sini:

Jangan pula anda sangkakan Cameron Diaz tidak gembira menjadi orang terkenal. Apa yang Diaz terangkan adalah jika seseorang itu melakukan sesuatu kerana semata-mata mahu menjadi terkenal, dia tidak akan menemui kegembiraan.

Maka, berusahalah sehingga berjaya di dalam bidang yang diceburi tanpa memikirkan kemasyhuran. Kemasyhuran itu akan tiba kepada anda seperti satu bonus apabila anda berjaya kelak.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram