Satu hantaran video di media sosial menjadi tular setelah seorang individu yang tidak dikenali mencampakkan duit di tempat awam.

Menerusi video tersebut, kelihatan individu memegang sejumlah wang kertas RM100 yang dianggarkan sabanyak RM1,000 sebelum melemparkan wang itu ke bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dia yang kelihatan berada di tingkat atas pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur membuang wang itu begitu dan tidak diketahui mengapa dia berbuat demikian.

@ohbulanofficial

Bukan macam tu cara nak bersedekah, rezeki bukan untuk dicampak-campak. #ohbulan #fyp #viral #trendingnewsmalaysia #campak #duit #rm1000 #mall video via Mstar

♬ original sound – Ohbulan – OHBULAN!

Video berdurasi 6 saat itu bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi pengunjung apabila duit itu jatuh ke bawah.

Menjengah di ruangan komen media sosial, ramai netizen mengecam tindakan individu berkenaan kerana dianggap tidak sopan walaupun mungkin niatnya untuk ‘menderma’ secara rawak kepada pengunjung di pusat membeli belah di itu.



Sementara itu, individu melemparkan duit itu masih lagi ‘misteri’ dan tidak diketahui sehingga ke hari ini. Bahkan, masih tidak mengetahui niatnya sama ada untuk konten media sosial atau untuk sebahagian daripada eksperimen sosial.