Allahu. Alangkah indahnya jika lebih banyak restoran sebegini berada di seluruh dunia. Sebuah kedai makanan halal kecil di Montreal mempunyai polisi yang hebat iaitu sesiapa yang lapar tetapi tidak mempunyai wang, mereka boleh makan secara percuma.

“kami tidak bertanyakan soalan dan kami juga tidak judge mereka yang mahukan makanan percuma. Jika mereka mahu makan, kami beri mereka makanan,” kata Yahya Hashemi, pemilik bersama restoran Marche Ferdous.

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →

Polisi kedai itu pada awalnya tidak diketahui orang pun tetapi apabila seorang pelanggan dengan nama Sean Jalbert berkongsi gambar tulisan di pintu kedai Marche Ferdous, kedai ini secara tiba-tiba mendapat liputan.

“Kerana rasa ingin tahu, saya masuk ke kedai ini dan berpura-pura saya tiada wang dan minta untuk makan secara percuma. Tanpa bertanya, wanita itu berkata pilihlah makanan apa yang kamu mahu dan minuman apa yang kamu mahu,” tulis Jalbert di laman Facebook milik beliau. Tetapi Jalbert di akhirnya membayar makanan beliau itu dan berkata polisi kedai itu sesuatu yang sangat baik.

“Di penghujung hari setiap hari, pastinya akan ada makanan yang tidak terjual dan pastinya kena buang juga makanan itu. Kenapa tidak beri sahaja kepada mereka yag memerlukan? Ianya bukan satu perkara yang besar bagi kami,” kata chef di Marche Ferdous, Abdelkader Bejaoui dalam satu temubual.

Berita seperti ini memberi imej Islam sebenar kepada orang barat. Tulisan Sean Jalbert di Facebook sudah pun mencecah 6 ribu perkongsian dan sedikit sebanyak membantu bisnes restoran Marche Ferdous. Semoga lebih banyak kedai di serata dunia mempunyai polisi seperti kedai Marche Ferdous. Cuma harap-harap tiada yang mengambil kesempatan atas usaha murni Marche Ferdous ini.

Anda Mungkin Suka