Jika anda sedang mencari kamera yang mudah untuk digunakan untuk kegunaan video vlog, sosial media pada harga mampu milik dan bagus, Canon ada kamera untuk anda.

Canon memperkenalkan EOS M50 – kamera mirrorless pertama yang dapat merakam format 4k. Kenapa ianya sesuai untuk vlog? Kerana saiznya yang tidak begitu besar dan mudah untuk digunakan. Jika anda membuat rakaman secara berseorangan, skrinnya juga boleh dipusing ke hadapan untuk anda melihat paparan gambar ketika anda membuat rakaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=EIH6OoFetLA

Selain itu, kamera ini turut terkandung sensor 24.1-megapixel disamping satu fungsi baharu; ‘Scene Intelligent’ untuk memudahkan lagi untuk anda merakam gambar serta video. Terdapat juga fungsi WIFI terbina pada kamera ini untuk memudahkan proses muat naik gambar terutamanya.

Model ini akan dipasarkan pada bulan April ini pada harga USD780 (RM3,000+-) untuk body sahaja atau USD900 (RM3,500+-) yang hadir bersama satu kit lens standard. Bagi kami, ianya harga yang munasabah sebagai permulaan kepada kerjaya anda.

canon-releases-eos-m50-t7-cameras-2

canon-releases-eos-m50-t7-cameras-3

Sumber