Melihat keindahan alam semula jadi pastinya akan membuat kita berasa gembira dan tenang kerana dapat lari dari kesibukan kota. Malaysia kaya dengan kawasan hutan dan tanah pertanian yang luas.

Siapa sangka bahawa canopy walk terpanjang dunia berada di Kedah. Canopy walk tersebut diberi nama Tree Top Walk terletak di Taman Rekreasi Sungai Sedim dan ia sepanjang 950 meter menjadikan ia terpanjang di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, titian yang berada di ketinggian 50 meter ini akan menawarkan satu pengalaman berbeza buat pengunjung dan anda dapat melihat keindahan alam semula jadi dari perspektif berbeza. Anda tidak perlu risau kerana titian ini diperbuat daripada tiang besi yang kukuh walaupun masih akan berasa keadaan bergoyang.

Andai kata anda ke Kedah, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keunikan hutan hujan tropika dengan berjalan di titian ini. Tree Top Walk ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang.

Bayaran masuk ialah RM10 untuk dewasa dan bagi mereka yang berumur bawah 17 tahun pula RM6 sahaja. Murah bukan? Anda dinasihatkan untuk memakai kasut yang sesuai untuk berjalan jauh dan membawa minuman dan makanan ringan kerana anda perlu merentas hutan sebelum sampai ke sini.

Difahamkan terdapat pelbagai tarikan lain di sini yang anda boleh lakukan seperti mendaki ke Gunung Bintang, white water rafting, abseiling dan paint-ball. Malah, anda juga boleh menginap di Sedim Rainforest Resort dan pelbagai pakej tersedia untuk anda terokai keindahan hutan hujan tropika ini.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Tree Top Walk ini, anda boleh layari laman sesawang ini.

Sementara itu, ‘onsen’ terbesar di Malaysia ada di Hulu Langat. Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Onsen’ Terbesar Malaysia Di Hulu Langat Bakal Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

14 Tip Mengembara Ke Taman Negara Mulu Di Sarawak

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

Sumber