Bilik tidur memainkan peranan yang penting untuk anda dapatkan tidur yang lena. Bayangkan balik rumah selepas pulang bekerja lihat ruang bilik tidur yang cantik dan kemas, pasti akan mudahkan anda untuk tidur.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @Haleem_Shake telah berkongsi transformasi biliknya yang ‘awesome’. Buat anda yang merasakan tidak boleh jadikan bilik di rumah ‘kampung’ anda, mungkin selepas lihat perkongsian ini akan mengubah fikiran anda. Ayuh, kita mulakan!

https://twitter.com/Haleem_Shake/status/1289446080447315969

Mesti anda sudah teruja untuk lihat tranformasi bilik beliau, bukan? Kita lihat dahulu keadaan bilik beliau sebelum transformasi dilakukan.

EeUIW4gUYAAPyrG

EeUS6cJU8AA9zbl

EeUS7LCUcAAsqMK

Kita dapat lihat perabot yang digunakan menggunakan jenis kayu dan kelihatan ‘vintage’. Warna bilik pula menggunakan warna asli kayu dan dinding diwarnakan warna putih. Sudah melihat keadaan sebelum, ayuh kita lihat ‘makeover’ bilik beliau.

EeUIXR7UMAIIg2h

EeUS6y5VAAEtxTR

EeUIYCqUwAA4_j7

EeUIXpaUcAAgdZ3

EeUS7iWUEAIWXn8

Penggunaan warna biru dan putih menjadikan bilik tidur beliau kelihatan eksklusif dan tenang. Malah, dekorasi yang digunakan menonjolkan elemen moden dalam rumah kampung.

Difahamkan, Haleem mengambil masa 2 minggu untuk ‘makeover’ biliknya dan kos keseluruhan dalam mengubahsuai bilik tersebut menelan belanja sekurang-kurangnya RM2,000 sahaja.

Tambahnya lagi, kebanyakkan barangan dekorasi dibeli melalui Shoppee sahaja. Cantik dan nampak kemas hasil transformasi bilik Haleem. Semoga perkongsian ini jadi inspirasi buat anda yang ingin mengubahsuai bilik tidur.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel transformasi bilik tidur yang mungkin anda boleh jadikan sebagai rujukan. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Persis Gambar Pinterest, Lihat Transformasi Bilik Dengan Rekaan Scandinavian Bermodalkan RM5,000

5 Tahun Simpan Duit, Lihat Transformasi Bilik Kecil Menggunakan Barang IKEA Bermodalkan RM5,000

Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis ‘Hotel 5 Bintang’ Di Universiti Sains Malaysia