Pelakon, Amber Heard baru-baru ini melakukan sesuatu yang memalukan apabila dirakam membuang air besar di kawasan kejiranannya di Sepanyol.

Menurut sumber, jiran Amber dipercayai merakam video itu dan kemudian YouTuber Joseph Morris memuat naik aksi pelakon filem Aquaman membuang air besar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://youtu.be/6m986KLVRGA

Menerusi video tersebut, Amber Heard melakukan tindakan kotor itu dengan selamba membuka seluar dan membuang air besar dalam keadaan tidak sedar diri atau mabuk.

Jiran-jiran Amber juga menyatakan bahawa ini bukan kali pertama dia bertindak sedemikian. Akibatnya, perkara itu mendatangkan kemarahan kepada jiran tetangga untuk merakam dan menyebarkan kelakuannya.

Difahamkan, penduduk di kejiranan mengatakan sering tercium bau busuk dan pelik serta menemui najis merata-rata sejak Amber berpindah ke situ.

Bahkan, netizen turut mengatakan apa yang diperkatakan oleh Johnny Depp di mahkamah sebelum ini ada kebenarannya.

Terdahulu, bekas suaminya Johnny Depp mendedahkan Amber pernah membuang air besar di atas katil semasa perbicaraan kes saman fitnah mereka awal tahun ini, tetapi Amber menafikan perbuatan kotor itu.