Semalam kecoh di media sosial apabila ibu kepada Neelofa telah menghantar permohonan untuk cap dagangan Harimau Menangis. Lantaran itu, rata-rata netizen berasa tidak puas hati akan tindakan tersebut.

Terbaharu, Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dalam satu kenyataan meminta Datin Noor Kartini Noor Mohamed tidak mendahului MyIPO dengan mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan serta menjadi hak eksklusif beliau.

Menurut Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, MyIPO telah menerima permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu, dan ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.

Tambahnya, MyIPO akan memproses permohonan beliau sepertimana biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Untuk pengetahuan anda, cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

Bagi anda yang terlepas isu ini, anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Tiada Siapa Boleh Guna Selepas Ini’- Netizen Kecam Ibu Neelofa Cuba Trademark Nama Harimau Menangis

Che Nom Izinkan Orang Ramai Guna Resipi Dan Gambar Masakan Untuk Berniaga