Sebut mengenai Caprice pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya menempa nama sebagai selebriti dan rapper antara yang membuatkan beliau dikenali dalam dunia hiburan. Bukan itu sahaja, beliau juga yang aktif mengulas isu semasa di Instagram antara yang membuatkan nama beliau sering menjadi sebutan netizen.

Terbaharu, terkenal dengan sikap mendedahkan sisi gelap atau dark side individu lain, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli nampaknya tidak terlepas daripada ‘didedahkan’ oleh individu lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi TikTok @fmhdxxx wanita ini mendakwa sedia mendedahkan sisi gelap Caprice yang sekaligus telah mendapat perhatian Caprice serta netizen sendiri.

Perkongsian ringkas mengenai hasrat wanita ini untuk mendedahkan sisi gelap Caprice nampaknya telah mendapat sokongan daripada netizen yang seolah tidak sabar menantikannya.

Sumber: tiktok @fmhdxxx
Sumber: tiktok @fmhdxxx

Belum sempat wanita ini mendedahkan sisi gelap selebriti ini, Caprice menerusi perkongsian terbaru di Instagram dilihat mendedahkan ‘sisi gelap’ beliau sendiri yang mendakwa beliau pernah memiliki ramai teman wanita suatu masa dahulu di mana beliau melabel dirinya sebagai bad boy.

Bukan itu sahaja, Caprice menerusi Instagram Stories beliau turut mahukan mereka yang mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut menghubungi beliau. Walau bagaimanapun, perkongsian Instagram Stories ini telah dipadam oleh pihak beliau.

Sumber: Instagram capricedaddycap

Isu yang berlaku sekali lagi membuatkan nama Caprice menjadi sebutan netizen selepas beliau pada minggu lalu meluahkan rasa kurang senang dengan tweet daripada pihak MYDIN membuatkan beliau mahu saman MYDIN sehingga RM30 juta.