Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kecoh sekitar dua hari lalu apabila tular sebuah video perkongsian TikTok @fmhdxxx yang memaklumkan sedia bongkarkan dark side atau sisi gelap Caprice.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian ringkas beliau pada video berkenaan telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen di mana rata-ratanya tidak sabar menantikan sisi gelap Caprice berikutan sikap beliau yang pantas mengulas isu melibatkan individu lain.

Di sangka wanita berkenaan bakal meneruskan pembongkaran, lain jadinya apabila Caprice sendiri mendedahkan sikap beliau suatu ketika dahulu di mana beliau mendakwa memiliki ramai teman wanita serta digelar bad boy.

Bukan itu sahaja, Caprice menerusi perkongsian terbaru di Instagram tampil berkongsi perbualan seorang wanita menerusi telefon yang dinamakan sebagai Baby Farah.

Menerusi perbualan tersebut, mereka mendakwa media seolah menguar-uarkan isu yang berlaku manakala Caprice pula dikatakan tidak mengenali wanita bernama Farah tersebut.

Bukan itu sahaja, Caprice menerusi laman Instagram Stories telah mendedahkan wanita bernama Farah yang mahu membongkar sisi gelap beliau sekadar melakukan video tersebut untuk mengikut trend.

Wanita tersebut turut mengakui terlupa bahawa Caprice kini sedang menjadi buah mulut netizen. Walau bagaimanapun, perkongsian beliau di Instagram Stories ini telah diturunkan oleh beliau.

Sumber: Instagram capricedaddycap

Sehubungan dengan itu, Caprice mendakwa situasi yang berlaku telah membuatkan 1 Malaysia kena scam sedangkan tiada isu yang berlaku. Beliau juga turut mengakui ramai yang menantikan beliau ‘jatuh’ disebabkan sesuatu isu yang mungkin terpalit dengan beliau.

Perkongsian yang dilakukan sekali lagi telah mendapat perhatian netizen. Terdapat netizen yang kagum dengan sikap Caprice yang cekal melawan dakwaan yang dilontarkan kepada beliau. Malah, tidak kurang juga netizen yang mahukan update mengenai saman yang beliau mahu kemukakan kepada MYDIN bernilai RM30 juta.