Siapa yang dah tengok filem ‘Captain Amerika: Civil War’? Siapa yang jatuh hati dengan ketampanan Steve Rogers? Fikir semula kerana dalam isu terbaru komik ‘Captain America: Steve Rogers #1’, Marvel telah membuat kejutan buat semua peminat Captain America; beliau sebenarnya adalah secret agent untuk Hydra, terrorist organization yang Captain America perangi sepanjang masa ini. Boom!

coverr

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam sebuah temubual dengan Time, executive Marvel, Tom Brevoort menyatakan pelan untuk menjadikan Captain Amerika villain dalam Marvel Universe sudah dalam rancangan sejak tahun 2014 lagi, dengan niat untuk menerangkan scene politik semasa; lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui sisi gelap pemimpin yang kita sayangi.

“Akan timbul perasaan tak senang dengan idea superhero sebenarnya adalah salah seorang dari organisasi yang mereka lawan. Memang banyak orang normal dalam dunia ini yang bersifat profesional di depan kita tetapi menyembunyikan rahsia gelap disebaliknya,” kata Tom.

Tom mengatakan ini bukan gimik untuk melariskan jualan komik Captain America. Ini adalah diri sebenar Captain Amerika. Perkembangan terbaru Captain Amerika ini semestinya akan memberi impak dalam Marvel Cinematic Universe. Jika mengikut komik sekalipun, rakan Captain, Sam Wilson (The Falcon) memang menggalas tugas Captain Amerika ketika ketiadaan Steve Rogers.

sam wilson

Semakin menarik dunia Marvel. Tetapi ada peminat tegar Marvel berpendapat ini hanyalah gimik Marvel dan Steve Rogers berbuat demikian hanya untuk menjatuhkan lagi kekuatan Hydra. Tak sabar untuk tahu perkembangan Steve Rogers ini. Tetapi, buat masa sekarang, Hail Hydra!

cap.0

Sumber