Nampaknya filem Captain Marvel mendapat sambutan pada minggu pertama tayangannya. Filem tersebut berjaya meraih $455 juta (~RM1.8 bilion) setelah ditayangkan sejak Rabu lalu di seluruh dunia.

Kutipan Captain Marvel tetap kukuh walaupun berdepan pelbagai reaksi bercampur daripada peminat. Captain Marvel merupakan filem terakhir Marvel Cinematic Universe (MCU) sebelum Avengers: Endgame yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, filem Captain Marvel menjadi filem kedua meraih kutipan paling tinggi pada minggu pertama tayangan selepas filem Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 yang berjaya meraih $483.2 million (~RM1,974 juta) pada tayangan pembukaan pada tahun 2011.

Baca lagi: Captain Marvel Kepingan Puzzle Terakhir Sebelum Endgame