Semalam bermulanya sudah tayangan rasmi untuk filem terbaru daripada Marvel Studios, Captain Marvel. Jika filem baharu biasanya akan ditayangkan pada setiap hari Khamis, Captain Marvel pula berjaya ‘menarik’ tarikh tayangan rasmi berkenaan sehari lebih awal untuk pasaran Malaysia.

Dengan hype yang hebat untuk filem ini, adakah Captain Marvel sebuah filem yang bagus? Kami terangkan terlebih dahulu keindahan filem ini.

Belanjawan 2020
HYPE
5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain
Baca lagi →

1. Jalan cerita ‘simple’

Filem ini akan bermula dengan Carol Danvers (Brie Larson) bangun di dunia yang ditadbir oleh Bangsa Kree, di mana Carol sendiri berkhidmat sebagai Starforce. Misi utama mereka adalah untuk memusnahkan puak Skrull, ‘penjahat’ dalam filem ini.

Untuk cerita lanjut, anda perlulah tonton sendiri di pawagam. Filem ini mudah sahaja untuk difahami kerana jalan ceritanya yang straight forward. Namun, ada plot twist menarik yang akan buat anda terfikir pihak mana yang baik sebenarnya? Kami suka plot twist ini.

2. Ahli Avengers terkuat?

Adakah Captain Marvel ahli Avengers terkuat? Kuasa yang dimilikinya adalah sangat berbeza dengan ahli Avengers yang lain. Selepas menonton Captain Marvel, Avengers kini mempunyai kelebihan untuk bertarung dengan Thanos di Endgame nanti!

3. ‘Homage to the 90s’

Disebabkan filem ini disetkan pada tahun 1995, ianya sangat dekat di hati penonton yang membesar sepanjang tahun 90an.

Daripada Blockbuster hinggalah ke Windows 95, semuanya ada dalam filem ini. Owh, begitu juga dengan pemilihan lagu dalam filem ini. Dengar sahaja lagu Nirvana, semua yang menonton teruja. Dan fesyen leather jacket pasti akan naik semula selepas ini.

4. Goose

cap mar goose

Kucing yang muncul dalam poster dan trailer Captain Marvel ini bukan sebarangan kucing. Muka sahaja comel, tetapi ‘bahaya’ rupanya. Dalam Captain Marvel dapat dilihat betapa sayangnya Nick Fury dengan kucing.

5. Nick Fury

cap mar fury

Kerana Captain Marvel lah inisiatif Avengers dimulakan oleh Nick Fury. Kredit harus diberi pada pasukan CGI Marvel kerana dapat ‘memudakan’ Nick Fury dan Agent Coulson dengan jayanya tanpa nampak fake. Begitu juga dengan rekaan kota Kree yang sangat futuristik.

Jenaka antara Nick Fury dan Captain Marvel juga sangat bersahaja dan just nice, tidak terlalu dibuat-buat. Pada filem inilah anda akan tahu angkara siapa butanya sebelah mata Nick Fury.

Pun begitu, ada juga kekurangan yang kami dapat lihat pada filem ini. Perjalanan filem ini agak perlahan dan sayangnya, tiada babak aksi yang memorable yang kami dapat recall dalam Captain Marvel.

Disebabkan ianya di era 90an, banyak lagi lagu hebat lain yang boleh diselitkan dalam filem ini. Pada kami, pemilihan lagu untuk Umbrella Academy jauh lebih baik daripada Captain Marvel. Satu lagu, Captain Marvel ada memakai baju Nine Inch Nail (NIN) dalam filem ini tetapi seingat saya, tiada pun satu lagu NIN dalam filem ini.

Adakah Captain Marvel worth the hype? Kami akan jawab ya. Cuma ideologi feminism yang cuba disampaikan dalam Captain Marvel agak try hard. Kami beri rating 8/10. Dan selepas menonton, anda pasti nampak semua kucing sebagai Flerken.

Anda Mungkin Suka