Lukas Podolski. Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi buat peminat bola sepak. Pemain yang berasal daripada Poland dan bermain untuk pasukan Jerman ini antara pemain yang menarik perhatian ramai ketika siri World Cup 2006 yang berlangsung di Jerman.

Kini karier bola sepaknya sudah sampai ke penghujung dan beliau memilih Vissel Kobe sebagai antara destinasi terakhir. Sebuah pasukan yang bertanding di dalam Liga Jepun atau lebih dikenali sebagai J-League.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai bintang yang dinanti-nantikan di dalam J-League, Podolski sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila beliau memilih untuk menyurang kasut bola yang memaparkan bintang ikonik rakyat jepun iaitu Captain Tsubasa.

Vissel-Kobes-Lukas-Podolski-of-Germany

Podolski Debuts Custom Ultra-Awesome Adidas Captain Tsubasa Boots (2)

Tidak hanya menyarung kasut bola yang fancy, mantan pemain Arsenal ini turut berjaya mendapatkan 2 gol bagi memberi kemenangan 3-1 buat Vissel Kobe. Tonton highlight perlawanan dibawah untuk melihat gol jaringan Podolski. Ternyata magis kaki kiri beliau masih berbisa!

https://www.youtube.com/watch?v=HgICbN-Jc9A

Sumber