Jika anda yakin dengan bakat yang ada dalam diri anda, gunakanlah ia untuk mengejar impian anda merupakan ungkapan yang diberikan oleh Acit untuk anda diluar sana yang mempunyai impian dan cita-cita. Abdulrashade atau dikenali sebagai Acit meninggalkan kerjayanya sebagai pereka grafik di Les Copaques untuk menjadi seorang artis grafiti profesional.

Ketika Acit berusia dalam lingkungan 30 tahun, dia mengambil keputusan untuk berhenti dari kerjayanya dan membina kerjaya yang baharu sebagai seorang artis grafiti. Melepaskan kerjaya yang menjadi sumber rezekinya bukanlah sesuatu yang mudah, akan tetapi dirinya inginkan satu kepuasan untuk diberikan kepada orang ramai membuatkan dia memilih jalan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ingin keluar dari dunia yang terlalu bergantung kepada teknologi, Acit mempamerkan kreativitinya di dinding dengan harapan untuk mencurahkan idea dan menyampaikan mesej kepada orang ramai melalui seni contengan dinding.

Acit mula bergiat aktif melukis grafiti di dinding sepanjang Sungai Klang, Pasar Seni semenjak 2008 dan walaupun hasilnya cantik dan menarik, ianya masih tidak dapat mengubah pandangan masyarakat mengenai seni grafiti ini.

Berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa sebelum ini iaitu di Hong Kong dan Dubai mungkin boleh mengubah persepsi masyarakat mengenai grafiti ini hanyalah vandalisma yang mencacatkan pandangan dan tidak berfaedah.

Setelah menempa nama di pentas antarabangsa, seni grafiti kini makin mendapat tempat dalam pasaran industri tanah air dan dua projek terbaharunya ialah berkolaborasi bersama Bad Lab dan Pizza Hut.

Cabaran terbesar untuk menyiapkan projek bersama Bad Lab, dia hanya mempunyai masa selama 4 jam untuk menyiapkan grafitinya dan dia memilih watak beruang polar sebagai masterpieces.

Kolaborasi bersama Pizza Hut mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan grafitinya yang anda boleh lihat di dinding dan iklan Pizza Hut yang terbaharu.

Acit berharap yang dia boleh pergi lebih jauh dengan seni grafiti ini dan masyarakat dapat menerima serta menghargai seni grafiti ini.

Jika anda mahu bersua muka Acit dengan lebih dekat, beliau akan berada di BuahTangan Store, KL CityWalk Jalan P.Ramlee esok untuk satu kempen sempena hari kemerdekaan, ‘Born & Bred’.

Kempen ni mengangkat cerita kejayaan anak malaysia dalam merialisasikan cita-cita dalam menempa nama di teringkat antarabangsa. Mana tahu anda berkeinginan untuk membeli hasil seni Abdulrashade. All best the buat Abdulrashade!