Dark mode atau mod gelap merupakan fungsi paling digemari dan dinantikan oleh pengguna telefon pintar pada masa kini. Pelbagai aplikasi telah menyediakan tetapan ini seperti Twitter yang melakukannya terlebih dahulu.

Kini, Instagram juga baru sahaja melancarkan dark mode atau mod gelap untuk pengguna IOS 13 dan juga Android. Menurut Instagram, dark mode ini mampu mengurangkan tekanan pada mata berbanding paparan asal. Tetapan ini juga dikatakan mampu menjimatkan penggunaan bateri. Hal ini kerana paparan pixel gelap menggunakan kurang penggunaan bateri berbanding paparan pixel putih.

https://twitter.com/mosseri/status/1181361666992115719?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1181361666992115719&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cnn.com%2F2019%2F10%2F08%2Ftech%2Finstagram-dark-mode-trnd%2Findex.html

Dark mode sudah boleh digunakan pada aplikasi Instagram untuk pengguna iOS 13 dan Android. Pengguna iPhone boleh mengaktifkan mod gelap ini dengan menekan pada bahagian settings. Tekan pada menu display & brightness, kemudian tekan pada pilihan dark.

Pengguna Android juga boleh menghidupkan mod gelap melalui menu settings dalam Android 10. Fungsi ini hanya boleh digunakan pada Android 10 sahaja untuk masa sekarang ini.

Kami kongsikan juga kepada anda tip untuk mengambil gambar melancong buat beginner menggunakaan telefon pintar. Turut dikongsikan bersama lima mitos yang tidak tepat mengenai Apple iPhone 11 Pro.

Ini Tip Ambil Gambar Ketika Melancong Untuk ‘Beginner’

5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11

Sumber