Alhamdulillah, selesai sudah membasuh dan menanam uri baby baru pagi ini. Setakat ini saya telah menguruskan sendiri kesemua lima uri untuk kelahiran anak-anak saya.

Uri perlu diuruskan dengan sehabis baik kerana ia adalah sebahagian dari organ manusia. Jadi disini saya kongsikan cara bagaimana saya menguruskan uri selama ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ikuti beberapa langkah mudah berikut. Mungkin ada yang serba lengkap dalam urusan ini. Cara saya ini ringkas dan mudah. Jadi para suami boleh lakukannya sendiri.

1. Barang penting untuk uruskan uri bayi

cara-basuh-tanam-uri-1

Ada 3 perkara utama di sini:
1. Uri
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Kain putih

2. Keadaan bungkusan uri dari hospital

cara-basuh-tanam-uri-2

Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.

3. Kita mulakan cara basuh uri

cara-basuh-tanam-uri-20

Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.

4. Apa nak baca masa basuh uri?

cara-basuh-tanam-uri-3

Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air ke atas uri tersebut.

5. Lebih mudah basuh dalam besen

cara-basuh-tanam-uri-4

Untuk lebih mudah masukkan uri di dalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.

6. Langkah seterusnya, campuran bahan lain

cara-basuh-tanam-uri-5

Ambil sedikit garam dan asam jawa.

7. Bagaimana nak buat?

cara-basuh-tanam-uri-6

Letakkan garam dan asam jawa pada uri.

8. Kemudian…

cara-basuh-tanam-uri-7

Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.

9. Dah selesai, kena bilas

cara-basuh-tanam-uri-8

Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa.

10. Masa untuk bungkus uri

cara-basuh-tanam-uri-9

Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.

11. Hampatkan kertas hijau kalis air dan kain putih

cara-basuh-tanam-uri-10

Lipat kertas kalis air dari hospital tadi dan bentangkan kain putih diatasnya.

12. Masa untuk balut uri

cara-basuh-tanam-uri-11

Letakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.

13. Langkah seterusnya

cara-basuh-tanam-uri-12

Letakkan sedikit garam dan asam jawa diatas uri.

14. Balut uri dengan kain putih

cara-basuh-tanam-uri-13

Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kemas.

15. Kemudian balut pula dengan kertas hijau kalis air

cara-basuh-tanam-uri-14

Kemudian balut pula dengan kertas kalis air hijau tadi dan ikat dengan getah atau tali dengan kemas.

16. Langkah seterusnya, gali lubang

cara-basuh-tanam-uri-15

Gali lubang ditempat yang selamat seperti di halaman rumah atau depan rumah.

17. Berapa dalam lubang kena gali

cara-basuh-tanam-uri-16

Pastikan gali lubang dalam sedikit sedalam kira-kira 1.5 kaki.

18. Dan akhirnya

cara-basuh-tanam-uri-17

Masukkan bungkusan uri tadi dengan membaca basmallah.

19. Selesai

cara-basuh-tanam-uri-18

Timbus tanah dan pijak sehingga rata.

20. Jangan lupa letak tanda

cara-basuh-tanam-uri-19

Letakkan sesuatu seperti batu sebagai tanda yang uri itu tidak digali oleh binatang buas seperti anjing, serigala, singa dan sebagainya.