PASMO atau SUICA? Pasmo, Suica, Pasmo, Suica?

Jika kita tidak berhajat untuk membeli sebarang pas pelancong bagi menggunakan rangkaian pengangkutan awam Tokyo, kita harus membeli tiket setiap kali ingin menggunakan train atau subway.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini akan menyukarkan bagi mereka yang pertama kali memijak kaki di Tokyo untuk membelinya di mesin. Belum lagi kira ketika kita salah turun dan kita kurang bayar tambang, maka kita harus membayar kekurangannya di mesin fare adjustment.

Kita juga harus membeli tiket yang berbeza apabila terdapat transit dalam satu perjalanan. Tentunya hal-hal tersebut akan menyulitkan perjalanan kita di Tokyo.

Perjalanan kita mengunakan rangkaian pengakutan awan di Tokyo akan lebih mudah jika menggunakan Integrated Circuit (IC) Card atau kad prabayar seperti SUICA atau PASMO.

SUICA adalah kad yang digunakan sebagai pengganti tiket yang dikeluarkan oleh JR EAST yang dapat diisi semula dan digunakan pada rangkaian train dan subway di Tokyo.

Cukup dengan melakukan deposit wang elektronik ke dalam kad ini maka penumpang tidak perlu membeli tiket setiap kali hendak menggunakan rangkaian pengakutan awan di Tokyo.

PASMO pula di keluarkan oleh TOKYO METRO juga sama seperti Suica fungsinya di Tokyo.

Tidak hanya digunakan dirangkaian pengangkutan awan, IC Card juga dapat digunakan pada seluruh subway di kawasan lain seperti Osaka, Kyoto dan tempat-tempat lain di Jepun. Meskipun begitu masih ada beberapa tempat yang belum boleh menggunakan jenis kad ini.

Selain boleh digunakan untuk membayar tambang train dan subway, IC Card tersebut juga boleh digunakan sebagai pengganti wang elektronik untuk membayar tambang bas, teksi di Tokyo, berbelanja di pusat membeli belah, membeli makanan atau minuman di kedai, kios atau mesin yang ada di stesen.

Selain itu IC Card juga sudah boleh digunakan untuk membayar coin loker yang ada di dalam sesetengah stesen besar.

Cara membeli buat pertama kali

Pertama kali membeli, kita diwajibkan untuk memasukkan wang 2000 Yyen di mesin pembelian PASMO dan Suica. 500 Yen menjadi deposit kad dan 1500 Yen adalah kredit untuk penggunaan. Berikut ini langkah-langkahnya.

1. Pilih bahasa English yang terletak di hujung kanan atas pada layar.


2. Pilih ‘Purchase New’.


3. Layar akan menampilkan jumlah, kita tinggal memasukkan wang dan kad akan keluar.

Mengisi semula

Untuk isi semula, nanti akan ada pilihan berapa jumlah wang yang akan kita masukkan ke kad. Pilihannya mulai daripada 1000 Yen hingga 10.000 Yen.

1. Masukkan IC Card,

2. Pilih menu Bahasa Inggeris yang terletak di hujung kanan atas pada layar


3. Pilih ‘Charge
4. Pilih jumlah wang yang kita inginkan
5. Masukkan wang dan ambil kad

Selain di stesen kita juga boleh mengisi semula IC card di mini market.

Menggunakan kad

Setelah kita mendapatkan kad, kita boleh terus menggunakannya serta merta. Kita perlu sentuh kad di pintu masuk dan di pintu keluar stesen yang kita tuju.

Tidak sama seperti tiket biasa yang setiap 1 kali perjalanan harus dimasukkan ke lubang yang ada di pintu otomatik dan kemudian dimasukkan semula di pintu keluar bila kita sudah sampai di stesen tujuan.

Untuk menyentuh kad, cari di pintu bertanda huruf ‘Suica’ atau yang bertuliskan ‘IC’ yang menyala berwarna biru.

Jika kita ingin menggunakan IC Card untuk membayar ketika menaiki bas, kita hanya perlu menempelkan kad ketika akan naik dan turun di tempat yang telah tersedia.

Baca: 16 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Penginapan Bajet Rendah Bila Travel Di Jepun

Jadi apa bezanya

Bezanya adalah kedua-dua kad ini dikeluarkan oleh syarikat berbeza. Namun fungsi kedua kad ini adalah sama dan boleh digunakan di tempat yang sama.

Peringatan: Kad PASMO hanya boleh di tebus nilai di stesen utama Metro Tokyo, Lapangan Terbang Haneda (Keikyu Offic) dan SUICA di stesen JR EAST sahaja.

Tip mendapatkan duit baki (refund)

Yuran proses Suica – 220¥
Pasmo -Tiada

Apa yang di maksudkan tak tiada pemulangan penuh?

1. Suica
Contoh kita topup 2000¥. 1500¥guna + 500¥ deposit.
Kita guna 1000¥ baki 500¥ + depo 500¥ dan kita refund.
Dia akan tolak 220¥ yuran memproses. Jadi baki 280¥ + deposit 500¥ Jumlah = 780¥ sahaja yang dapat semula sebagai refund.

Jika kita guna dan baki ada 150¥ + deposit 500¥ maka refund kita hanya dapat 500¥ sahaja. 100¥ akan hilang sebagai yuran memproses (procesing fee).

Jika baki zero + 500¥ deposit. Maka kita akan dapat deposit semula 500¥.

Pasmo tak ada yuran memproses (processing fee). Baki tak habis akan di bagi semua + 500¥ deposit.

Jika memilih Suica pastikan habis digunakan jika tidak mahu kerugian 220¥.

Saya vote kad PASMO sebab BOLEH TEBUS DI KEIKYU OFFICE HANEDA.

Baca lagi: Cara Keluarkan Duit Yen Dari Mesin ATM Di Jepun Dengan Kad Debit Bank Malaysia