Cara buat pembersihan duit KWSP sebagaimana yang disyarahkan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, dengan situasi wang RM100K:

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Keluarkan RM100K. 65% ialah pokok yang halal diambil (RM65K). 35% ialah dividen yang perlu dibersihkan. Maka RM35K perlu melalui proses pembersihan.

1. Pandangan pertama

70% tidak patuh syariah, 30% patuh syariah.

70% x RM35K = RM24500 perlu dibersihkan.
30% x RM35K = RM10500 boleh diambil.

Jumlah yang boleh diambil, RM65000 + RM10500 = RM75500.

Kemudian nilai ini perlu dizakatkan 2.5% berdasarkan zakat simpanan;

2.5% x RM75500 = RM1887.50 perlu dizakatkan.

Jumlah bersih yang boleh kita ambil;

RM75500 – RM1887.50 = RM73612.50

2. Pandangan Kedua

52% tidak patuh syariah, 48% patuh syariah.

52% x RM35K = RM18200 perlu dibersihkan.
48% x RM35K = RM16800 boleh diambil.

Jumlah yang boleh diambil, RM65000 + RM16800 = RM81800.

Kemudian nilai ini perlu dizakatkan 2.5% berdasarkan zakat simpanan;

2.5% x RM81800 = RM2045 perlu dizakatkan.

Jumlah bersih yang boleh kita ambil;

RM81800 – RM2045 = RM79755.

Baca: Dana Patuh Syariah KWSP 2017, ‘Siapa Cepat Dia Dapat’

kwsp-2

Ada yang tanya macam mana peratusan untuk penentuan peratusan halal dan haram dibuat. Kenapa ada 2 kaedah?

Kaedah yang dibuat oleh Ust Dr Zaharudin Abdul Rahman (UZAR) untuk dapatkan peratusan ini ialah;

Dapatkan subjek yang kumpul semua slip KWSP dari mula dia bekerja sampai ke caruman terakhir, dikira pula average dividen so dapat 6.5%, isu ketidakpatuhan syariah tidak berlaku pada caruman bulanan (majikan atau individu) tetapi berlaku pd dividen.

Dividen ini akan ‘Compounding‘ untuk setiap tahun. Hasil kira-kira oleh UZAR dan team mendapati 65% hasil pengeluaran KWSP itu ialah pokok yang merupakan hasil caruman. 35% ialah baki dividen termasuk yang compunding. 35% perlu dibersihkan / cleansing.

Berdasarkan kajian UZAR dan Team yang merujuk laporan KWSP, 70% fund ialah tak patuh syariah, 30% fund patuh syariah.

Ini merujuk kepada kaedah pertama. Untuk kaedah kedua, pandangan seorang lagi ulama yang menurut UZAR ada autoriti, pandangan ulama ni mengatakan yang tak patuh syariah hanyalah 52% bukan 70%.

Ini kerana baki 18% lagi merujuk kepada fund neutral yang tiada pengisytiharan syariah secara rasmi.

Nak guna pandangan pertama dan kedua? Tepuk dada, tanya iman.

Baca lagi: Lelaki Ini Kongsi Kaedah Sucikan Dana KWSP Daripada Hasil Riba’

Artikel di atas disumbangkan oleh Hakim Zakaria. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group