Biasanya gula hanya digunakan untuk membuat minuman dan juga makanan manis.

Tapi tak ramai yang tak tahu bahawa gula juga boleh dijadikan sebagai bahan pencuci untuk alatan di rumah. Dan semestinya ia lebih selamat digunakan berbanding sabun atau bahan pencuci berkimia terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang masih merangkak dan sedang dalam proses mengenal benda-benda yang ada di sekelilingnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

bayi

Ini dia kegunaan lain gula :

1. Gula dan Baking Powder
Campurkan tiga sudu makan gula dan satu sudu makan baking powder. Tambahkan sedikit air ke dalam campuran ini. Bahan ini dapat digunakan sebagai pencuci untuk membersih dan menjadikan pinggan lebih bersinar.

2. Gula dan Air Mawar
Masukkan tiga sudu makan gula dalam mangkuk dan tambahkan satu sudu makan air mawar. Gaul hingga gula cair. Campuran ini boleh digunakan untuk membersihkan barangan perak. Good bye Brasso. Haha!

3. Gula dan Lemon
Perah sebiji lemon ke dalam mangkuk yang berisi tiga sudu makan gula. Kacau hingga gula cair. Campuran ini boleh digunakan untuk membuang karat pada alatan dirumah anda.

gula-2

4. Gula dan Cuka
Tuangkan empat sudu makan cuka ke dalam sebuah mangkuk kemudian tambahkan gula. Campuran ini boleh digunakan untuk membuang kotoran degil yang melekat di lantai simen / jubin di rumah anda. Caranya celupkan kapas atau penyental pinggan kedalam campuran dan gosok di bahagian yang kotor.

5. Gula dan Tomato
Tomato merupakan bahan pemutih semulajadi yang sangat kuat. Campuran gula dan tomato dapat membantu menghilangkan kototran pada baju putih. Caranya rendamkan campuran gula dan tomato bersama baju putih anda semalaman. Nantikan hasilnya esok pagi.

Sumber : Liputan6

Banyak rupanya yang boleh dimanipulasikan dengan gula ni. Kongsikan tips ini dengan rakan anda.

Like Facebook The Vocket