Walaupun sudah diulang berkali-kali tentang menjaga jarak atau social distancing, tetap ada lagi individu yang tidak mematuhinya.

McDonald’s secara tenang dan bijak hadir dengan idea ini. Logo ikonik ‘Golden Arches’ mereka sengaja dijarakkan supaya orang ramai faham tentang erti social distancing. Logo berkenaan kini menjadi gambar profil Facebook mereka buat sementara waktu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun logo berkenaan hanya boleh dilihat di laman Facebook McDonald’s Brazil, penduduk tempatan rata-rata memuji inisiatif McDonald’s tersebut. Brazil mencatatkan kes pertama COVID-19 pada 25 Februari 2020 menerusi seorang lelaki berusia 61 tahun yang baru pulang dari Lombardy, lokasi paling teruk dilanda COVID-19 di Itali.

Setakat 19 Mac 2020, 621 COVID-19 telah dicatatkan di Brazil. Seperti juga di Malaysia, hanya servis take away dan penghantaran sahaja dijalankan di setiap premis.

Apa pun, ia satu kempen yang bijak dan menarik daripada McDonald’s Brazil. Mungkin tidak lama lagi, laman media sosial rasmi McDonald’s turut akan bertukar ke logo unik ini.

Dalam perkembangan yang lain, pihak tentera akan membantu pihak polis memantau Perintah Kawalan Pergerakan bermula Ahad ini. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Tentera Akan Bantu Polis Pantau Perintah Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini

80,000 Penjaja Dan Peniaga Di Selangor Bakal Terima Bantuan RM500

Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya