Sudah bosan tidurkan kucing anda di dalam bakul? Mahukan kelainan? Dengan 7 langkah mudah di bawah ini, anda akan dapat membina sebuah rumah baru kucing anda iaitu sebuah tipi! Tipi berbentuk kon seperti rumah orang Indian di Amerika Syarikat.

tipi kucing

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Untuk membinanya, anda perlukan:

  • 1 tali
  • 1 selimut
  • 5 batang kayu
  • 1 pin
  • 1 alas permaidani kecil

Seterusnya, ikuti 7 langkah ini:

1. Ambil 2 batang kayu dan sandarkan pada batang kayu ketiga di atasnya.
2. Ikat semua kayu-kayu itu dengan ikatan angka 8. Ketatkan ia dan anda telah berjaya membina rangka tipi!
3. Gunakan kayu ke-4 dan ke-5 untuk menyokong struktur tipi tadi.
4. Ikat semua kayu-kayu itu dengan kukuh.
5. Kemudian, hamparkan kain selimut tadi dan potong mengikut bentuk kon.
6. Ambil kain selimut yang telah dipotong itu dan letakkan pada rangka tipi.
7. Lapik alas permaidani kecil di dalam tipi tersebut.

Siap!

Oh ya! Jika rumah anda panas, pilih jenis kain yang sejuk agar beri keselesaan kepada kucing anda.

Selamat mencuba!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka