Memasuki tahun 2020, secara rasminya Larangan Merokok di premis makanan mula dikuatkuasakan.

Menurut laporan KP Kesihatan, sebanyak 605 kompaun telah dikeluarkan sepanjang dua hari perlaksanaan larangan tersebut.

Huawei-Nova-7i-price-specs-Revu-Philippines
HYPE
5 Sebab Utama HUAWEI nova 7i Sering Menjadi Rebutan Ramai
Baca lagi →

Rata-rata netizen bersetuju larangan ini dikuatkuasakan dan berharap perkara ini berterusan sampai bila-bila.

Untuk memastikan Larangan Merokok ini diteruskan, anda turut boleh menjalankan tanggungjawab anda dengan melaporkan tindakan individu yang masih berdegil kepada pihak berkuasa melalui aplikasi Whatsapp.

Pengguna boleh menghantar bukti kesalahan, nama restoran, waktu dan lokasi kejadian dilakukan ke nombor 0108608949 atau boleh terus membuat panggilan ke 0388924530.

Selain itu, denda bagi kesalahan tersebut ialah denda sebanyak RM 250 dan boleh dikurangkan kepada RM 150 jika denda dibayar dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Walaubagaimanapun jika pesalah ingkar, dia boleh didenda maksimum sebanyak RM 10,000 atau penjara 2 tahun.

Sejak memasuki tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia dilihat aktif melaksanakan Larangan Merokok yang baru dikuatkuasakan bermula 1 Januari lalu. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Netizen Gembira KKM Mula Saman Perokok Ingkar Arahan Merokok Di Premis Makanan

Penjara Dua Tahun Jika Ingkar Larangan Merokok Mulai Januari 2020

Anda Mungkin Suka