Dalam banyak-banyak negara, antara negara yang perubatannya paling mahal ialah Amerika. Dan bukan itu saja, kebanyakan klinik tidak akan menerima pesakit melainkan anda mempunyai insurans perubatan yang diberi oleh majikan.

Pastikan kalau anda ke sana (atau ke negara lain), bawa ubat misalnya antibiotik broad spectrum (amoxicillin dsb.) yang boleh digunakan kalau terpaksa. Kalau anda baik dengan doktor, beritahu yang anda akan pergi overseas dan minta course 5 hari. Ubat selesema tak perlu, boleh beli di CVS.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini ialah contoh kos dan prosedur yang saya lalui sewaktu demam di Boston, Massachusetts. Waktu itu kami tidak lagi menetap di Amerika, jadi kami gunakan insurans perjalanan biasa dari Malaysia.

1. Pergi ke 3 buah klinik di merata tempat. Soalan pertama ialah : “who is your insurance provider?”. Of course tak guna untuk beritahu syarikat insurans Malaysia.

2. Akhirnya pergi ke hospital awam. Mereka ini menerima pesakit yang tidak ada insurans. Kalau penduduk Boston dan tak mampu bayar, boleh membuat rayuan. Apa pun, lepas beratur 2 jam, jumpa doktor, buat test (letak cotton bud dalam mulut ambil sampel), doktor suruh beli Tylenol (Panadol) saja.

3. Bil tidak perlu bayar waktu itu juga. Tapi dihantar ke hotel 2 minggu kemudian. Ertinya kalau orang jahat mungkin letak alamat palsu.

4. Jumlah caj USD420. Saya bayar dulu dengan kad kredit.

5. Lepas tu call insurans itu di Malaysia dan mereka kata mereka akan bayar balik. Bila sudah balik Malaysia, bagi mereka resit semua. Saya berada 2 bulan di Boston jadi duit itu tidak boleh claim serta-merta, atau tak dapat serta-merta.

6. Oleh kerana demam tak baik, akhir sekali minta tolong kawan di ofis. Dia ada simpan antibiotik dan akhirnya tumpang makan ubat dia.

Contoh USD420 ini ialah untuk demam saja. Masalah yang jauh lebih besar akan timbul jika terjadi kemalangan atau sesuatu keadaan yang memerlukan anda ditahan di hospital atau perlu jalani pembedahan. Ia boleh mencecah puluhan / ribuan Dollar.

Untuk pengetahuan, pihak kedutaan Malaysia tidak dapat membantu dari segi kewangan. Mereka hanya boleh tolong kalau hilang pasport (bagi surat supaya anda boleh terus balik Malaysia). Hilang IC pun mereka tak boleh tolong.

Pastikan research tentang syarikat insurans yang anda gunakan untuk berjalan. Apakah had untuk claim? Adakah semuanya perlu bayar dulu atau setengah insurans boleh deal dengan hospital? Semua ini anda perlu ambil tahu sewaktu nak buat pembelian insurans.

Akhir sekali, nah saya belanja gambar di Boston, Massachusetts.

claim-travel-insurance-2

claim-travel-insurance-3

claim-travel-insurance-4

claim-travel-insurance-5

claim-travel-insurance-6

Baca lagi: Pengalaman Saya Buat Tuntutan Daripada Travel Insurans Selepas Kemalangan Di Luar Negara