Pakistan merupakan salah satu di antara negara yang memerlukan Visa untuk rakyat Malaysia. Tidak sah perjalanan anda ke Pakistan jika tidak mempunyai visa. Bagi anda yang berhajat kembara ke bumi Pakistan, di sini saya kongsikan beberapa tips untuk buat permohonan visa Pakistan.

Ini perkongsian berdasarkan pengalaman permohonan visa Pakistan saya ditolak dengan sadis baru-baru ini. Secara peribadi apa yang saya boleh katakan, permohonan visa ke Pakistan agak rumit berbanding negara lain yang pernah saya pergi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cara Permohonan Visa Pakistan.

#1 Isi borang permohonan
Seperti permohonan visa ke negara yang lain, perkara asas yang perlu anda lakukan adalah mengisi borang permohonan visa. Boleh download di sini.

#2 Dapatkan surat jemputan (Invitation Letter)
Ini bahagian yang agak cerewet, anda perlu dapatkan surat daripada warga Pakistan yang tinggal di sana mengesahkan mereka menjemput anda datang ke negara mereka.

Surat jemputan atau invitation letter itu mestilah disertakan bersama salinan kad pengenalan host anda. Jadi memang tak boleh nak tipu. Cara untuk dapatkan surat ini boleh cuba cari host di Couchsurfing. Pandai-pandailah anda berbudi bahasa dengan mereka, jangan risau orang Pakistan banyak yang baik-baik.

#3 Itinerari
Selain dari invitation letter anda juga diminta lampirkan salinan dokumen perjalanan seperti tiket penerbangan pergi dan balik, tempat yang ingin dilawati dan lain-lain dokumen penting.

Tips no #3 ini juga anda boleh guna jika tidak mahu pening kepala cara host untuk invitation letter. Tapi yang penting itinerari anda mestilah cukup kukuh dari hari pertama sampai pulang. Ini dikongsikan sendiri oleh seorang traveler berpengalaman kepada saya.

Dan pastikan anda yakin dan boleh menjawab dengan lancar jadual perjalanan anda ketika sesi interview itu nanti.

#4 Gambar dan passport
Sertakan sekali gambar ukuran passport 2 keping, warna background putih, salinan passport dan kad pengenalan. Sebagai langkah siap sedia, sertakan juga salinan surat tawaran kerja dan penyata bank . Agak janggal, tapi kenyataan. Sediakan sahaja sebagai persiapan awal.

Kedutaan Pakistan Kuala Lumpur.
Hantarkan borang permohonan lengkap anda di kedutaan Pakistan di Kuala Lumpur. Dekat sahaja dengan KLCC.

Alamat kedutaan: 132 Jalan Ampang, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Telefon: +603 2161 8877 / +603 2161 8879

Waktu operasi untuk hantar borang permohonan visa hanya pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.

Setelah selesai semua proses, anda akan di interview. Jika bernasib baik anda boleh dapatkan resit pembayaran dan ambil visa Pakistan 2 hari kemudian. Sebaliknya berkemungkinan mereka akan hubungi anda 2-3 hari dari tarikh permohonan. Jika berlaku, ini isyarat kurang enak.

Catatan tambahan: Anda juga boleh cuba dapatkan visa terlebih dahulu dengan sertakan invitation letter tanpa tiket penerbangan. Maklumkan pada kedutaan yang anda akan membeli tiket jika visa diluluskan. Ini lagi elok.

Permohonan visa ke Pakistan saya gagal, setelah perbincangan dan penelitian dibuat ia berkemungkinan disebabkan saya masuk ke india melalui jalan darat, dari Kashmir ke New Delhi.

Dimaklumkan, kedutaan Pakistan sangat tegas dalam isu keselamatan Kashmir. Di kedutaan juga anda boleh lihat banyak majalah dan berita tentang isu pergolakan Kashmir sahaja seolah-olah tiada berita lain yang lebih baik.

Dan untuk kakitangan atau pekerja media, tiada jalan darat dibenarkan. Mesti sertakan semua dokumen lengkap termasuk tiket penerbangan masuk dan keluar Pakistan walaupun di atas urusan peribadi. Mereka juga tidak peduli berapa banyak cop dan negara yang telah anda pergi, memang tegas sungguh.

Kecewa tempahan tiket flight hangus, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Buat anda yang mahu buat permohonan visa ke Pakistan, saya doakan anda berjaya dan selamat mengembara!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram