Ibu mana yang tak sayang anak. Wanita ini, Rodessa Villanueva-Reyes dari Filipina hanya menggunakan barangan terpakai dan kotak-kotak kadbod sahaja untuk membuat set dapur masak-masak untuk anaknya yang berusia setahun bermain.

Projek do-it-yourself (DIY) Rodessa ini menerima banyak komen positif dan shares di Facebook. Jom kita lihat cara-cara Rodessa buat dapur untuk anaknya ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kumpul kotak dan lukis

DIY-Play-Kitchen-Made-of-boxes-02

Kotak untuk membuat dapur ini diambil dari rakan-rakan Rodessa. Pastikan kotak itu masih boleh dipakai. Kemudiannya beliau lukis pada kotak itu bahagian yang hendak dipotong.

2. Susun kotak

DIY-Play-Kitchen-Made-of-boxes-01

Selepas dipotong bahagian yang dilukis dengan marker, beliau susun kotak itu mengikut bentuk dapur.

3. Dekorasikan kotak-kotak itu

DIY-Play-Kitchen-Made-of-boxes-03

Rodessa menggunakan stiker vinyl untuk menghiasi kotak-kotak itu. Ini akan memberi warna kepada dapur anak anda itu nanti.

4. Tambah personal touch anda

DIY-Play-Kitchen-Made-of-boxes-07

Rodessa menambah tulisan ‘Audrey’s Cafe & Restaurant’ kepada dapur anaknya itu. Jadi ia kelihatan seperti restoran yang betul. Rodessa turut menambah dapur permainan anaknya yang sedia ada untuk menambah lagi seri dapur anaknya itu.

Jadi siaplah sudah dapur khas Rodessa untuk anak kecilnya. Jadilah seperti Rodessa. Dalam ekonomi yang tidak menentu ni, sedikit sebanyak anda boleh berjimat dari berbelanja beli mainan yang mahal untuk anak anda. Anak anda pun happy nanti.

Boleh lihat gambar-gambar lanjut dapur ini di bawah. Boleh jadikan reference nanti. Jadi selamat mencuba!

DIY-Play-Kitchen-Made-of-boxes-09

DIY-Play-Kitchen-Made-of-boxes-10

DIY-Play-Kitchen-Made-of-boxes-0112