Sambutan Tahun Baru Cina boleh diraikan oleh orang Islam kerana ia perayaan yang bukan berbentuk keagamaan tetapi mengandungi amalan adat, budaya dan tradisi lebih banyak dan lebih menonjol berbanding upacara keagamaan.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Mohd Hafiz Ng Abdullah, 49, budaya seperti menyediakan kelengkapan baru dilakukan sejak kecil tetap diteruskan setelah memeluk Islam. Begitu juga dengan adat makan besar bersama keluarga pada malam Tahun Baru, membakar mercun dan memberi angpau.

Kaum Cina mementingkan semangat kekeluargaan dan keharmonian dalam keluarga. Tujuan berkumpul bersama dan makan bersama akan mendorong mereka kekal bersama selamanya mengikut kepercayaan orang Cina. Maka, adalah penting menyertai aktiviti bersama keluarga ini dipelihara dengan menjalinkan hubungan yang rapat dan utuh.

“Memeluk Islam, bukanlah halangan untuk saya tidak meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga. Lagipun, air dicincang tidak akan putus. Pegangan agama kami lain, tetapi hubungan keluarga tetap utuh,” kata Lee Choon Kooi atau nama Islamnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 47

Ini adalah tip yang telah disediakan oleh Tuan Firdaus Wong Wai Hung sebagai panduan buat Cina Muslim menyambut Tahun Baru Cina tanpa mengorbankan iman:

BOLEH:
1. Jika anda sudah berkahwin, berilah ang pow
2. Jika anda masih bujang, anda boleh terima ang pow
3. Orang bujang juga boleh beri ang pow jika mahu
4. Makan besar bersama keluarga. Pastikan makanan halal
5. Melawat ahli keluarga dan rakan-rakan
6. Kongsikan pengetahuan Islam
7. Tunjukkan kelakuan mengikut cara Islam
8. Ucap “Xin Nian Kuai Le” atau Selamat Tahun Baru
9. Disusuli “May Allah guide all of us will be the best”
10. Berpakaian warna merah selagi perkataan dan desain pakaian tidak ada elemen syirik kepada Allah

TIDAK BOLEH:
1. Membaca atau mendengar tilikan horoskop kerana ia adalah satu bentuk syirik
2. Jika di televisyen menayangkan perihal sedemikian, tukar saluran televisyen atau beredar dari situ
3. Menyertai penyembahan nenek moyang, menyambut dewa kekayaan, menyambut Tian Gong atau mana-mana perbuatan yang bertentangan dengan Islam
4. Terlibat dengan perjudian. Langkah terbaik ialah menjauhi perkara tersebut meskipun ia tidak melibatkan taruhan duit
5. Tawaran, galakan, membawa atau menuangkan sebarang minuman beralkohol kepada orang lain. Jauhi dari meja tersebut
6. Cari ahli keluarga yang bukan sedang berjudi dan tidak mabuk, tidak minum minuman alkohol. Bercakap tentang Islam kepada mereka
7. Merenung atau menyentuh bukan mahram
8. Terlalu sibuk sehingga anda terlupa untuk melaksanakan solat anda
9. Menjauhkan diri daripada mana-mana amalan yang anda ragu-ragu kerana Rasulullah S.A.W. menasihati kita untuk menjauhkan diri dari apa jua perkara yang meragukan. Buat segalanya dengan taqwa!
10. 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, ia ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei

Ini pula sambutan Tahun Baru Cina di China yang fokus kepada makanan:

https://www.youtube.com/watch?v=J3Yeb3-YMo0

Diharapkan pendedahan ini membantu kita meningkatkan kefahaman tentang kaum Cina dan sambutan Tahun Baru Cina terutama buat Cina Muslim. Ini juga dapat menepis persepsi negatif di kalangan orang Cina bahawa masuk Islam bererti jadi Melayu dan meninggalkan identiti bangsa mereka. Ia adalah tidak benar sama sekali. Identiti Cina dan budaya yang diwarisi boleh dikekalkan selagi tidak bercanggah dengan agama Islam.

Sumber: Firdaus Wong Wai Hung, MStar

LIKE Facebook The Vocket disini

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤