Alhamdulillah. Diberi rezeki untuk bawa Umi & Abi melancong ke India. Kalau ikutkan, nak jalan dan gerak sendiri je. Tapi disebabkan bawa Umi dan Abi, tak sesuai pula nak naik turun kenderaan awam.

Jadi saya ambil keputusan untuk guna ejen yang sediakan perkhidmatan driver dan penginapan. Mula dari awal hingga akhir memang private kami bertiga sahaja. Kira nice la jika nak bawa jalan orang tua. Tak penat. Hotel kami pun agak selesa 3 & 4 bintang.

Selepas balik dari India, kami bertiga demam dan selsema. Antara faktor utama habuk dan suhu sejuk di Kashmir. Negara India ni adalah negara ke-32 saya lawat.

scam-di-kashmir-india-1

scam-di-kashmir-india-2

scam-di-kashmir-india-3

scam-di-kashmir-india-4

scam-di-kashmir-india-5

scam-di-kashmir-india-6

scam-di-kashmir-india-7

scam-di-kashmir-india-8

Setelah merasai sendiri pengalaman di sini, saya berpendapat rakyat India tak kira Islam atau non-muslim banyak yang tidak jujur daripada jujur. Scammer merata-rata dan suka menipu.

Tak pernah lagi saya melawat negara yang paling kotor melebihi negara India. Tak pernah lagi melawat negara orangnya paling suka menipu melebihi orang India di negara India.

Tak mahu nak cerita kat sini penipuan yang saya kena tu, tapi cuma nak ingatkan supaya korang sentiasa hati-hati jela di sana.

Tapi, satu cubaan penipuan ni saya kena share. Lawak sungguh.

Saya book houseboat yang half-board di booking.com. Sampai di sana, bila owner tanya nak makan apa untuk makan malam saya beritahu jela nak makan kari. Tak terfikir langsung dia nak cuba scam kami.

Bila nak check-out, bil yang diberi lebih 1540 Rupee daripada harga booking kami. Saya tanyalah, kenapa lebih dan bayaran apa ni. Rupanya tu bayaran makan malam yang kami makan.

Lawak betul, padahal dah jelas-jelas saya booking half-board plan. Saya tunjuk pada dia booking receipt tu, senang je dia nak twist.

“Di property kami, half-board tu maksudnya hanya breakfast sahaja.” Ha ha ha ha. Lawak betul brother ni.

Lama juga saya bertikam lidah, tapi yang hebatnya orang dia menipu pun masih nampak cool je muka. Macam tak bersalah langsung. Kita pula yang panas.

Tapi bila nampak tegang sangat, my parents pun kata halalkan sahaja duit tu. Dia malas nak saya gaduh lagi. Jadi terpaksalah saya bayar walaupun sangat terpaksa. Sebelum blah tu, sempat la bagi pesanan sikit.

Hey brother, you orang Islam. Tolong jujur. Hari ni aku bagi je lah duit ni sebab niat nak tolong keluarga kau. Kalau kau tak jujur dan menipu sampai kiamat pun Allah tak bantu dan makbul doa kau.

Tapi, lepas sampai airport tu rasa tiba-tiba tak puas hati kembali. Haha. Saya pun buat report di booking.com. Selepas 2 hari booking.com siasat, akhirnya memang mamat tu tipu dan saya dapat balik refund 1540 Rupee tu. Kalau nak ikut nilai, taklah banyak mana. Tapi sebab geram sangat orang Islam menipu.

Walaupun orangnya begitu, tetapi Allah anugerahkan kepada mereka geografi dan bentuk muka bumi yang sangat cantik. Sampai di Kashmir, saya terus terbayang Swiss. Terfikir sendiri, kalaulah Kashmir ni didiami orang Swiss, tentu lagi indah dan mempersona bumi Kashmir ni.

Baca: Bagaimana Kami Jadi Mangsa ‘Scammer’ Professional Sewaktu Travel Di India

scam-di-kashmir-india-9

scam-di-kashmir-india-10

scam-di-kashmir-india-11

scam-di-kashmir-india-12

scam-di-kashmir-india-13

Saya nak kongsi sedikit kos sepanjang perjalanan di sana.

Delhi-Srinagar-Palhalgam-Gulmarg-Jaipur-Agra (8hari 7malam)

KOS PERJALANAN

FLIGHT
KB – KL : RM89 (Malindo)
KL – Delhi – KL : RM820 (MAS)
Delhi – Srinagar : Rm138.63 (Air India)
Srinagar – Delhi : RM156.89 (Vistana)
KL – KB : RM100 (AirAsia)

HOTEL
2-3 Dis : RM23 – Airport Hotel Aerotech (Freeairport drop)
3-5 Dis : RM33 – Houseboat Geneva Group (Half-Board)

PAKEJ EJEN
Agra-Jaipur-Delhi : Rs9450 (RM620)
Hotel+breakfast, Guide (Agra&Jaipur), Driver & transport

Srinagar-Gulmarg-Palhalgam : Rs2467 (RM156)
Driver & transport (airport to airport)

ENTRANCE FEES & PONNY RIDE
Pong Gulmarg = Rs750
Pony Palhalgam = Rs1000
Taj Mahal = Rs1000
Agra Fort = Rs550
Royal Palace Jaipur = Rs500
Amber Palace Jaipur = Rs500

MAKAN
9 hari x RM20 : RM180.00 (Rs2844)

VISA
RM225.00 SEORANG (50$)

Total bajet : RM2585.49 seorang

scam-di-kashmir-india-14

scam-di-kashmir-india-15

scam-di-kashmir-india-16

scam-di-kashmir-india-17

scam-di-kashmir-india-18

scam-di-kashmir-india-19

scam-di-kashmir-india-20
Lobi hotel Paradise, Jaipur.
scam-di-kashmir-india-21
Lobi Hotel Karan Vilas, Agra
scam-di-kashmir-india-22
Hotel Classic Diplomat yang kami stay di Delhi. Berhampiran airport je.
scam-di-kashmir-india-23
Hotel Paradise yang kami stay di Jaipur

Baca lagi: Ini Yang Jadi Bila Aku Kena Scam Semasa Travel Di India