Nota Editor: Tuan Ariff Shah seorang jurutera lepasan Universiti Penerbangan Moscow, Rusia sering memberikan tip-tip yang baik dalam niche pelaburan, unit trust, insuran/takaful dan kewangan peribadi di blognya. Dengan izin beliau, kami terbitkan semula artikel ini buat bacaan pembaca Vocket. Semoga bermanfaat.

Tried and tested. Ini cara paling cepat nak dapatkan laporan CCRIS. Yang pernah ambil pinjaman PTPTN wajib semak laporan CCRIS sebelum memohon apa-apa pembiayaan, terutamanya kalau nak beli rumah.

Kenapa Laporan CCRIS Penting?

Laporan CCRIS ini menunjukkan rekod pembayaran hutang anda pada institusi perbankan. Daripada rekod ini dapatlah mengetahui samada anda ini pembayar hutang yang bagus atau tidak.

Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada yang dinyatakan di bawah, anda sudah mempunyai rekod CCRIS.

  1. Pinjaman PTPTN
  2. Pembiayaan peribadi daripada bank
  3. Kad kredit
  4. Pembiayaan pembelian kenderaan
  5. Pembiayaan kereta
  6. Pembiayaan perniagaan daripada bank

Baca: Cara Peminjam PTPTN Bebas Dari Rekod Buruk CCRIS

Daripada laporan ini, senanglah bank nak tahu samada seseorang itu pembayar hutang yang bagus atau tidak sebelum mereka beri pinjaman kepada individu tersebut.

Laporan CCRIS Untuk Siapa?

Bagi yang ada pinjaman PTPTN dan nak beli rumah, anda wajib semak laporan ini dahulu. Takut ada rekod buruk yang anda tak tahu. Leceh bila sampai masa nak beli rumah dan dah letak deposit, loan sangkut sebab ada masalah CCRIS.

Selain itu, yang dah ada banyak produk kewangan (personal loan, kad kredit, loan rumah) eloklah menyemak laporan CCRIS anda setahun sekali atau beberapa bulan sebelum membeli hartanah. Kalau ada yang tak cantik tu, adalah masa untuk cantikkan supaya mudah dapat pembiayaan.

Terutamanya yang nak masuk lelong, semak je laporan CCRIS. Just in case kan. Yang main lelong kalau menang tapi loan tak approve, memang menangis tak berlagu sebab deposit 10% hangus. Jangan main-main.

Bagaimana Nak Dapatkan Laporan CCRIS Tanpa Perlu Keluar Rumah?

Laporan CCRIS boleh didapati daripada kiosk yang disediakan di Bank Negara dan cawangannya. Tempat lain takde dah kiosk ini.

Baca: Punca Berusaha Keras Selesaikan Hutang PTPTN Didedahkan

Satu lagi cara adalah yang saya ajarkan di sini. Kenapa cara ni penting? Sebab selama ini majoriti yang saya kenal bersusah-payah bayar tol, bayar parking, redah traffic jam pergi Bank Negara semata-mata nak dapatkan laporan ini.

  1. Laporan boleh didapati daripada Credit Bureau Malaysia (CBM). Pergi ke laman Self Enquiry Report
  2. Download borang. Klik sini.
  3. First page borang ada checklist. Senang cerita, kena sertakan salinan IC dan dua dokumen sokongan.
  4. Second page borang isikan maklumat peribadi. Tandatangan.
  5. Third page borang. Pastikan anda tandatangan kat bahagian atas surat.
  6. Scan borang yang dah lengkap.
  7. Lakukan pembayaran pada akaun Maybank Credit Bureau Malaysia 5123 5260 4549 sebanyak RM10.00.
  8. Emelkan borang dan resit pembayaran tadi ke [email protected]
  9. Dalam masa kurang daripada sejam anda akan dapat laporan kewangan penuh, termasuk laporan CCRIS dan rating tahap kewangan anda.

Ini contoh laporan CCRIS bagi mereka yang tak pernah tengok. Kalau 0 je semua, OK ler..

Ini pula rating yang bakal diberikan berdasarkan laporan kewangan anda. Rasa-rasanya anda di mana?

Untuk bayaran sebanyak RM10.00, saya rasa ini perkhidmatan terbaik yang paling murah pernah saya guna. Tak sampai sejam dapat dah laporan kewangan. Sangat efisyen!

Nota: Lebih 10,000 orang dah baca entri ini. Jadi berkemungkinan besar Customer Service CBM sibuk sikit sekarang dengan permohonan laporan kewangan yang baru masuk. Harap bersabar ya.

Saya cadangkan bookmark entri ini dan enam bulan sebelum beli rumah/apply loan boleh semak laporan kewangan masing-masing.

Like/Share blogpost ini kat kawan yang nak beli rumah. All the best!

Baca: Mahu Mula Berniaga? Baca Ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group