Selepas ini mungkin tiada lagi orang menggunakan ayat arahan “PM saya jika berminat” apabila Facebook akan mengeluarkan format iklan terbaru yang menghubungkan pelanggan terus ke kotak inbox Pages hanya dengan klik butang “Message” di iklan.

Jenis Iklan Baru

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebenarnya, Facebook telah mendedahkan pelan bijak untuk buat duit melalui Messenger pada bulan Julai yang lalu apabila ditanya oleh beberapa orang pelabur tentang mengoptimumkan penggunaan Messenger di Facebook. Pelan ini akan memberi keuntungan kepada Facebook dan para pengiklan mereka.

Pada hujung September pula, eksekutif iklan Andrew Bosworth telah mendedahkan tentang usaha Facebook mencipta jenis iklan terbaru yang dipanggil “Click to message” di pentas TechCrunch Disrupt.

Asas idea jenis iklan ini membantu memudahkan prospek yang berminat dengan tawaran iklan untuk terus menghantar mesej kepada orang bisnes tersebut.

Pages Pengganti Laman Web

Facebook turut menaiktaraf Pages agar ia dapat menggantikan laman web. Dijangkakan dengan ciri-ciri yang bagus dan aliran trafik dari Facebook yang baik, peniaga akan bergantung kepada Pages untuk berniaga.

Ini adalah satu peluang yang besar bagi Facebook membuat duit. Apatah lagi Facebook boleh caj “Promoted Post” lebih tinggi berbanding dengan banner ads yang ada di tepi-tepi laman web Facebook.

Walaupun jenis iklan “click to message” ini masih di peringkat ujian, Bosworth menyatakan dengan penuh rasa optimis bahawa ia akan menjadi begitu popular.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram