Nak tahu kenapa durian Musang King mahal? 15 tahun lalu, Musang King ini tiada harga pun. Malahan, durian juga tiada harga.

D24 gred AA saya ambil di Segamat RM0.90 sahaja sekilo. Jual dekat depan South City RM3.50 sekilo, tiga kilo RM10.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

XO, 101 pun RM6 sekilo. Itulah paling mahal. Durian kampung orang campak-campak sahaja.

Sekarang tak payah cerita. Nampak gerai durian pun pecut laju-laju, takut anak-anak minta.

wilayahku

FOTO: WILAYAHKU

Anda mesti cakap ‘ini kerja peniaga Cina, naikkan harga durian’.

Anda sebenarnya silap. Ini semua kerja orang kita. Atau lebih tepat lagi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan yang juga dikenali sebagai FAMA.

Selama bertahun-tahun durian yang masuk dalam pasaran China adalah durian Thailand. Durian ini agak tawar (bland), sebab dia diperam dan amalan agronomi mereka berbeza.

Tetapi selepas memasuki pasaran China bertahun lamanya dan menguasai pasaran di sana, orang China menjadi sudah terbiasa dengan rasa itu.

Strategi FAMA

10 tahun lepas, FAMA ditugaskan untuk menembusi pasaran China. Satu tugas yang hampir mustahil. Macam mana nak tembusi pasaran sana.

Jadi mereka pun bawa durian Raja Kunyit. Sebab warna dan rasa dia lebih kuat dari durian Thailand.

foodmaswanted

FOTO: MALAYSIA MOST WANTED FOOD

Bila sampai di Expo China mereka mempunyai masalah. Berapa nak letak harga?

Ada yang mencadangkan rendah sedikit daripada Thailand. Ada cadangkan harga yang sama. Sebab ingin bersaing dan kalau mahal sangat orang tak beli.

Selepas perbincangan, mereka ambil satu keputusan drastik.

Memandangkan mereka tidak boleh bersaing dengan Thailand dari segi kuantiti mereka akhirnya bersaing dari sudut kualiti.

Dan harga dia letak out of this world (tidak masuk akal).

1500 yuan sekilo! Dekat RM800 sekilo!

Dan ceritanya adalah durian ini adalah durian yang super rare dan harganya amat mahal!

Hari pertama booth Thailand penuh, tapi masuk hari kedua booth Thailand kosong.

Semua orang datang bertumpu dekat booth Malaysia. Semua nak rasa durian 1500 yuan sekilo itu macam mana rasa.

Dan memang sedap, sebab mereka sudah biasa makan durian Thailand yang tasteless (tawar).

Durian jadi simbol status kekayaan

Walaupun harga 1500 yuan, orang ramai sanggup beli sehingga beratur dan yang membeli semuanya adalah golongan nyonya tua.

Bila dah nak habis, mereka (FAMA) bertanya kepada pembeli ‘kenapa dia beli sedangkan harga mahal?’

Nyonya ini jawab, durian ini simbol status. Bila dia bawa balik ke rumah, jiran-jiran boleh menghidu baunya. Dan bila jiran tanya berapa harga, dengan bangga mereka jawab 1500 yuan sekilo!

Esoknya pula jiran itu datang, sebab mana boleh kalah. Sebelah rumah dah beli, dia pun nak juga.

Jadi dari sini, bermulalah kisah Malaysia mengeksport durian Musang King ke China.

DURIAN SEJUKBEKU KE CHINA

FOTO: NSTP/MAHZIR MAT ISA

Mereka memasarkan kepada emosi, bukan pada rasional akal.

Jadi bila sudah ‘meletup’, makin ramai orang nak cari durian Malaysia, permintaan makin naik dan secara tak langsung harga durian lain naik.

Itu yang jadi mahal sampai  durian kampung mencecah harga RM12 sekilo.

Tapi tidak mengapa, sekurangnya orang kampung dan petani boleh mendapat duit lebih sikit. Rata-rata pun orang kita juga.

Itulah kisah kehebatan orang FAMA berniaga. Jangan anda cakap orang kerajaan makan gaji buta sahaja.

Durian Musang King dari Malaysia juga mula dijual melalui rangkaian kedai Alibaba yang terkenal di China iaitu FreshHema. Baca lebih lanjut mengenainya di pautan di bawah. 

Durian Musang King Dari Malaysia Sudah Mula Dijual Di Rangkaian Kedai Alibaba China

KFC China Perkenal Menu ‘Unik’ Gandingan Nuget Dengan Durian

Artikel di atas disumbangkan oleh Wan Muhd Syafis. Seorang pekebun durian. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka