Anak boleh maut dihempap TV? Jangan anggap perkara ini tidak serius. Secara purata setiap dua minggu akan ada seorang kanak-kanak akan maut dihempap televisyen, perabot dan peralatan di Amerika. Kejadian buruk ini turut berlaku di negara kita.

unsafe1

Falling-TV-copy

Kes-kes kanak-kanak maut dihempap televisyen yang pernah mendapat liputan media tempatan:

4 Disember 2014 – Utusan Malaysia

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di rumahnya di Changkat Jong. Kanak-kanak tersebut sedang tidur di ruang tamu berdekatan kabinet televisyen ketika kejadian itu berlaku. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

10 November 2014 – Sinar Harian dan Astro Awani

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun mati dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci yang diletakkan di ruang tamu. Mangsa memegang televisyen untuk menonton rancangan kartun di kediamannya di Teluk Intan, Perak sebelum tiba-tiba televisyen berkenaan jatuh dan menghempap mangsa. Kematian mangsa disebabkan kecederaan serius di kepala. Televisyen tersebut seberat kira-kira 40 kilogram.

14 Mac 2014 – Malaysia Kini

Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat dihempap peti televisyen di rumahnya dekat Seremban. Ibu mangsa terkejut apabila mendapati rak TV menghempap anaknya manakala peti TV berada di sisi anaknya. Mangsa mengalami kecederaan di kepala.

Cukuplah hanya 3 kes ini sebagai bukti kejadian kanak-kanak maut dihempap televisyen pernah berlaku di Malaysia ini. Tindakan seterusnya yang patut diberikan perhatian ialah jadikan ia satu iktibar dan ibu bapa serta penjaga mesti berusaha mengurangkan risiko tragedi ini dengan meningkatkan keselamatan di rumah.

The Consumer Product Safety Commission mencadangkan beberapa langkah untuk mencegah atau mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat dihempap televisyen:

1. Tolak TV sejauh yang boleh ke belakang bahagian kabinet.
2. Periksa kestabilan dan kekukuhan perabot/kabinet. Elak letak TV di rak yang rapuh/uzur.
3. TV sepatutnya berdiri di atas permukaan yang rendah, luas dan kukuh.
4. Pasang tali sokongan atau tali yang ada penyangkut/sauh untuk menyokong TV dan perabot. Pastikan ia di lampirkan ke dinding.
5. Jangan simpan barang-barang seperti mainan atau alat kawalan jauh di atas TV atau kabinet/rak TV. Barangan seperti itu akan mendorong kanak-kanak memanjat untuk mengambilnya.
6. Simpan TV lama atau tidak berfungsi di tempat yang jauh dari kanak-kanak.

Dicadangkan juga jangan dibiarkan kanak-kanak tidur di depan televisyen atau rak buku atau apa jua barangan yang berpotensi membahayakan keselamatan kanak-kanak.

Langkah-langkah keselamatan ini amat penting bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Kita mesti berusaha sehabis terbaik!

TV-Anchor

Wall-Anchor

LIKE Facebook The Vocket disini