Boleh tahan sporting juga Jack Ma ini. Untuk acara pembukaan ulang tahun syarikat beliau, Jack Ma memakai kustom dan menari gaya Michael Jackson yang kemudiannya turut disertai beberapa orang penari latar. Kostumnya sama seperti yang dipakai Michael ketika konsert Dangerous Tour sekitar tahun 90an dahulu. Acara ulang tahun ini dihadiri oleh lebih 40,000 pekerja Alibaba! Ramai sungguh pekerja di bawah syarikat Jack Ma dan membuktikan betapa besarnya syarikat Alibaba ini di China.